Surat Dari Rantau: Warkah terbaru Dr. Rahim Ghouse kepada Mahathir

7 November 1998

Yang Amat Berhormat Dr. Mahathir,

Saya sedih kerana saudara salah faham tujuan saya membuat
kenyataan-kenyataan akhbar dari rantau orang. Sesungguhnya, tujuan
saudara dan tujuan saya adalah serupa sahaja iaitu hendak menyelamatkan
negara kita daripada bahaya yang mengancam.
Pandangan saudara terhadap saya adalah berdasarkan cerita-cerita yang
saudara dengar dari orang-orang yang mengelilingi saudara seperti Daim
Zainuddin, Megat Joned, Aziz Shamsuddin, Rahim Tamby Chik, Ghaffar Baba,
Ting Phek Kiing, Francis Yeoh, Lim Goh Tong, Ananda Krishnan, Kenneth
Eswaran, Vincent Tan, Halim Saad, Tajuddin Ramli, Rashid Hussein dan
Azman.

Mereka menyampaikan kepada saudara cerita-cerita yang mereka fikir
saudara suka dengar, ataupun yang saudara sanggup terima. Di sini
biarlah saya sampaikan pula keadaan, fikiran dan pandangan rakyat yang
sebenar-benarnya, supaya dengan itu saudara faham niat saya sewaktu
membuat kenyataan-kenyataan akhbar itu yang kemudiannya teruk dikecam.

Saudara selalu memberitahu ahli-ahli UMNO bahawa UMNO akan
memperjuangkan kepentingan Islam dan kepentingan bangsa Melayu. Tetapi
sebenarnya perbuatan saudaralah yang menghakis kuasa raja-raja Melayu
sehingga mereka tidak mungkin lagi dapat mempertahankan kepentingan
hak-hak istimewa orang Melayu, Bahasa Kebangsaan dan adat istiadat
Melayu. (Artikel 152 dan 153 dalam Perlembagaan Persekutuan, serta
Artikel 3 dalam Perlembagaan UMNO).

Apakah punca yang menyebabkan tercetusnya rusuhan baru-baru ini dan
kematian yang tidak dilaporkan itu? Sebenarnya, perbuatan-perbuatan
saudaralah yang menjadi punca kepada rusuhan dan kematian-kematian itu.

Saudara selalu sahaja "mengalah". Kepada kroni-kroni saudara, saudara
berikan apa-apa yang mereka minta. Kemuncak daripada sikap saudara yang
suka mengalah itu ialah perompakan ke atas syarikat-syarikat milik
kerajaan dan swasta. Tajuddin mendapat TRI, MHS dan MAS, Halim mendapat
Renong dan UEM, Ting mendapat Empangan Bakun dan Granite, Ananda
mendapat Menara Kembar, Rashid Hussein mendapat Sime Bank, Mirzan
mendapat Konsortium Perkapalan Berhad, Allah Maha Besar. Sebenarnya,
mereka itu sudah hampir bangkrap sewaktu krisis kewangan belum lagi
terjadi. Sekarang ini mereka semua teruk terpukul oleh krisis itu
disebabkan nilai saham-saham syarikat mereka turun 70 peratus. Nasib
yang sama juga menimpa Halim Saad dan anak saudara sendiri, Mirzan.

Keadaan ini membuat orang-orang Melayu, Cina dan India sama-sama naik
marah. Ditambah pula, baik orang Melayu mahupun Cina dan India, mereka
semua tahu saudara dan kroni-kroni saudara adalah perompak-perompak
kekayaan negara. Bagaikan masih belum cukup dengan RM2.3 bilion yang
saudara gunakan untuk menyelamatkan KPB milik Mirzan, saudara serahkan
pula RM10.5 bilion kepada Halim Saad, dan RM800 juta saudara berikan
pula kepada Ting, konon sebagai pampasan. Sekarang saudara akan
"faraidkan" pula baki sebanyak RM60 bilion kepada Rashid Hussein, Azman,
Vincent Tan dan Tajuddin, yang saudara akan kumpulkan melalui bon-bon
yang saudara paksaPetronas, EPF, SOCSO, PNB, LUTH dan Telekom
membelinya.

Disebabkan perbuatan saudara itu, orang-orang Melayu, Cina dan India
tidak takut lagi hendak menentang UMNO dan Barisan Nasional. Disebabkan
kuku besi saudara juga, Gerakan pernah hendak keluar daripada Barisan
Nasional. Pada hari ini, daripada 1.4 juta ahli UMNO hanya 20 peratus
sahaja yang masih menyokong saudara dan UMNO, 80 peratus lagi marah dan
benci kepada saudara.

Berpunca daripada tindakan tak berperikemanusiaan ke atas bekas
timbalan saudara, iaitu suatu hal yang bertentangan dengan ajaran Islam
dan nilai-nilai budaya Melayu, kini rakyat bukan setakat mengejek
saudara, malah mereka meludah dan menghina saudara dan mereka menuntut
saudara meletakkan jawatan. Sewaktu SUKOM, saudara paling kuat kena boo
ketika menonton perlawanan ragbi. Saudara telah batalkan perjumpaan di
Bukit Jalil pada 4 September 1998 atas nasihat Hishamuddin yang tidak
berupaya hendak mengumpulkan lebih daripada 20,000 orang dibandingkan
dengan perhimpunan di Dataran Merdeka yang disertai oleh lebih daripada
250,000 orang. Sekarang saudara tentu sudah faham apa perasaan
orang-orang Melayu, Cina dan India,
baik terhadap diri saudara mahupun terhadap kroni-kroni saudara.

Saudara sangka orang-orang Melayu takkan bangun menderhaka, tetapi
sekarang mereka bagaikan sudah hilang kewarasan dan sanggup mengamuk
waima mereka sedia mati menentang "anjing-anjing" FRU saudara.
Sebenarnya, orang yang mereka cari sewaktu mereka bergerak menuju rumah
saudara, tidak lain dan tidak bukan ialah saudara sendiri. Saudaralah
pihak yang mesti dipertanggungjawabkan ke atas kecederaan dan kematian
beberapa orang awam dan polis, kerana saudara berpegang kepada
pandangan-pandangan yang salah.

Saudara maafkanlah saya kerana saya cuma hendak memberitahu kepada
sudara apa sebenarnya perasaan orang Melayu terhadap saudara.
Sesungguhnya, orang-orang Melayu, sama ada mereka itu dalam PAS ataupun
dalam UMNO, mereka itu sekarang ini amat benci kepada saudara, terutama
sekali mereka yang menyaksikan bagaimana polis bersikap amat biadab dan
kasar terhadap bekas timbalan saudara, baik sewaktu di rumah beliau
mahupun sepanjang beliau di dalam tahanan. Kesan hitam pada mata beliau
adalah cermin kepada betapa hitam dan jahatnya hati perut saudara.

Pada saat ini, semua rakyat Malaysia sudah sedar bahawa saudara mahukan
diri saudara dikenal sebagai "Perdana Menteri yang dinamik dan global
yang bercakap bagi pihak Dunia Ketiga", meskipun baik dari segi ekonomi
dan psikologi, seluruh rakyat menderita. Mereka tahu, meskipun dalam
keadaan negara sedang gawat dan ekonomi sedang meleset, tetapi saudara
dan kroni-kroni saudara serta anak-anak saudara tetap tidak mahu
berhenti merompak kekayaan negara. Semua rakyat tahu bahawa MISC membeli
syarikat Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan dengan harga RM2.3
bilion sedangkan harga pasarannya yang sebenar ialah RM170 juta sahaja.
Sudah tentulah, perompakan ini tidak sepatah pun disebut dalam media
tempatan.

Rakyat sekarang sedang menunggu-nunggu penjelasan saudara berkenaan
dakwaan Puan Marina Yusoff bahawa saudara ada membawa perempuan ke dalam
bilik saudara di Parlimen. Mereka juga menanti-nanti bilakah saudara
akan membersihkan nama saudara atas dakwaan bahawa saudara mempunyai
anak-anak luar nikah yang bernama Mahzar bin Mahathir dan Maizura bte
Mahathir. Lain-lain anak saudara ialah Marinah (kp no. 5197861), Mirzan
(kp no. 5558465), Mokhzani (kp no. 6144507), Melinda (kp no.
600515-05-5020) dan Mukhriz (kp no. A 0000999).

Rakyat juga masih tertunggu-tunggu penjelasan saudara mengapa saudara
membuat pengakuan palsu sebagai seorang "doktor" dan sebagai Pengarah
dalam MAHARIZAN Sdn. Bhd. Mereka juga ternanti-nanti mengapa semua
anak-anak saudara, kecuali Mirzan, membuat pengakuan palsu dengan
menuliskan "Nil" dalam borang Syarikat NO. 32700 K yang disahkan sebagai
betul oleh NORIAH ABIDIN, Penolong Pendaftar Syarikat bertarikh 10 Nov.
1997.

Di satu pihak lain, kaum Cina tidak sedikit pun hormat kepada saudara.
Mereka panggil saudara "Si Bongkak, kepala bengkak dan barah ekonomi".
Mereka juga mengatakan saudara "Chee Bai" dan macam-macam perkataan lagi
yang saya sendiri tidak sampai hati hendak menyebutnya di sini.
Kata-kata seperti itu diucapkan oleh semua golongan kaum Cina, daripada
cerdik pandai mereka hinggalah kepada drebar teksi dan penjual sayur.

Kebelakangan ini, nama baik saudara makin busuk. Orang-orang Melayu
yang berkhidmat dalam kerajaan, daripada Setiausaha Kementerian
sehinggalah kumpulan sokongan yang paling rendah, serta pegawai-pegawai
tentera dan polis tidak lagi menaruh percaya dan hormat kepada saudara.
Apakah saudara tidak perasan bahawa jumlah mereka yang mahu hadir di
dalam majlis-majlis rasmi dan peribadi yang saudara adakan makin hari
makin kurang? Sewaktu saudara datang ke Jitra, tidak sampai 200 orang
yang hadir, itu pun setelah dipaksa oleh Menteri Besar Kedah. Begitu
sekali keadaannya sehingga kamera tv terpaksa menunjukkan muka saudara
sahaja kerana para hadirin begitu sedikit, apatah lagi memandangkan
Jitra ialah tempat saudara sendiri.

Kalaulah saudara membaca Harakah dua kali setiap minggu, tentu saudara
tahu beribu-ribu orang Melayu masuk PAS. Pada masa jualan Berita Harian
dan Utusan Malaysia merosot dengan banyaknya, jualan Harakah naik sampai
melebihi 360,000 ditambah lagi dengan jumlah keahlian PAS yang kini
melebihi 700,000 orang.

Pegawai-pegawai Melayu dalam perkhidmatan Polis masih patuh kepada
arahan kerajaan, terutamanya mereka yang dalam FRU. Tetapi
pegawai-pegawai Melayu dalam angkatan tentera kini sedang menahan nafas
penentangan. Kalau saudara terus-menerus melakukan perkara-perkara yang
tidak mereka ingini, saya yakin mereka tidak akan patuh kepada saudara
lagi.

Saya tahu, kalau saudara jatuh saudara takut tak dapat melindungi
anak-anak dan keluarga saudara. Saya tahu sangat bahawa Dr. Siti Hasmah
sudah membawa keluar wang sebanyak US400 juta dan melaburkannya di
Amerika. Saya juga tahu anak-anak lelaki saudara mempunyai simpanan dan
pelaburan yang banyak di luar negara, tatapi tidaklah sampai RM20 bilion
seperti yang dimiliki oleh Daim. Memang saudara bijak, dan saudara sudah
bersiap sedia, mana tahukalau-kalau terjadi sesuatu yang tidak saudara
ingini. Tetapi, saya lebih takut lagi jikalau saudara gagal mengawal
ekonomi, dan saudara akan terus merompak berbilion-bilion wang negara,
RM30 bilion daripada simpanan Petronas, RM118 daripada KWSP, RM35 bilion
daripada PNB, RM12 bilion daripada SOCSO, RM30 bilion daripada insurans
dan RM5.6 bilion daripada
Tabung Haji.

Sekarang tentu saudara sudah sedar, saudara mesti mencari RM800 bilion
untuk memulihkan ekonomi, pasaran saham dan nilai ringgit kepada
kedudukannya yang asal. Malah, kalau saudara hendak menyelamatkan
anak-anak dan kroni-kroni saudara daripada jatuh bangkrap, saudara sudah
perlukan sekurang-kurangnya RM200 bilion dengan serta-merta. Di mana
saudara hendak korek duit sebanyak itu?

Kepada kakitangan awam, saudara bukan setakat memotong bonus mereka,
malah saudara akan potong elaun dan mungkin juga gaji mereka. Apabila
itu terjadi nanti, kakitangan kerajaan dan tentera akan bersatu menuntut
saudara meletakkan jawatan kerana mereka sedar bahawa saudaralah
sebenar-benarnya punca segala-galanya. SAUDARA adalah SYAITAN yang
sebenar!

Saudara sudah terbiasa mendapat sorotan cahaya di peringkat
antarabangsa, tetapi hari ini, bayang tubuh saudara sudah makin kecil
dan makin pendek. Namun saudara masih berpura-pura seolah-olah tidak ada
apa-apa yang sudah berubah. Saya harap saudara tidak mendustai diri
saudara sendiri dengan berkata, "Rakyat sepatutnya berterima kasih
kepada saya kerana banyak membawa pembangunan kepada negara ini"
manakala pada waktu yang sama saudara tidak pula menyebutkan bahawa
saudara meninggalkan hutang luar sebanyak RM150 bilion dan hutang dalam
negeri sebanyak RM 70 bilion yang akan ditanggung oleh rakyat dan
negara.

Tidak mungkin ada satu orang, tidak juga saudara, yang sentiasa betul
sahaja manakala orang-rang lain sentiasa salah sahaja. Saudara sendiri
maklum, saudara bolehlah menipu sesetengah orang sekali-sekala, tetapi
saudara takkan boleh menipu semua orang setiap masa!

Dengan hal yang demikian, adalah menjadi harapan saya hendak
menyampaikan kepada saudara apa yang sebenarnya difikirkan oleh
rakyat.... iaitu sudah sampai masanya saudara undur daripada jawatan
saudara sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO dan Barisan Nasional.
Saya tahu saudara mempunyai kuasa diktator, dan saya takkan lupa nasib
yang menimnpa orang-orang yang menentang saudara seperti Tengku
Razaleigh, Musa Hitan, Rais Yatim dan banyak lagi. Tetapi, sebagai
seorang yang bertanggungjawab, saya mesti menjelaskan
kenyataan-kenyataan yang pernah saya buat. Walaupun saya akan dipenjara,
saya tetap akan mengatakan apa yang saya katakan.

Saya diberitahu Sultan Johor memanggil saudara "MAMAK", Allahyarham
Tunku mengata saudara Pakistan. Saya setuju dengan mereka sebab nama
ayah saudara yang sebenar ialah Mohamad Iskandar Kutty. Semua orang
Kedah tahu perkara ini. Saudara sendiri tahu, dan saya berani bersumpah,
dalam tubuh saudara itu memang ada darah Pakistan. Itu sebab semua yang
saudara buat dan semua yang ada pada diri saudara semuanya
berbelit-belit, tidak lurus. Itulah sebabnya orang Melayu sedikit pun
tidak percaya saudara akan mempertahankan kesultanan Melayu, ataupun
bahasa Melayu, ataupun adat istiadat dan kepentingan Melayu. Saudara
satu orang hendak menjadi tokoh
antarabangsa, biar Melayu yang lain merempat tidak mengapa. Tengoklah
sahaja apa jenis Melayu yang mengelilingi saudara. Gabenor Bank Negara
(Mamak), Rashid Hussein (Mamak), Sheikh Fathil (Mamak), Amin Shah
(Mamak) - banyak sangat kalau semuanya hendak disebut.

Sekarang, rasakan balasan Allah. Saudara telah menghina para Ulamak,
dan saudara menghina janggut Nabi Muhammad SAW. Saudara jadikan mereka
bahan lawak. Sekarang saudara takut hendak ke masjid. Sudah lima kali
Jumaat, di mana saudara bersembahyang? Jaminan 10 tahun bagi jantung
saudara kini hampir tamat. Kami tahu,
dengan ditemani oleh Dato' Aziz Ismail, diam-diam saudara pergi ke
Institut Jantung Negara ikut jalan belakang. Orang bercakap. Mereka
nampak saudara, dan mereka bercakap.

Surat ini saya tulis kepada saudara dengan niat yang ikhlas. Saya
benar-benar mengharapkan saudara akan membaca surat ini sendiri. Saya
berdoa kepada Allah agar dibukakan pintu hati saudara untuk menerima
kenyataan ini, kerana semuanya adalah benar, meskipun ia amat pahit dan
memedihkan.
 

Ikhlas daripada saya,
 
 

Dr. Rahim Ghouse,