ANWAR IBRAHIM AKAN DIDAPATI BERSALAH ATAS KEEMPAT EMPAT TUDUHAN TERSEBUT.

Ianya memang berbau politik, ianya memang perbicaraan politik dan tidak siapa boleh menyangkalnya. Sekiranya dikatakan ianya konspirasi politik dan mempunyai niat niat tertentu ianya memang jelas ia nya benar.

Mohamed Said Awang Pengarah Unit Cawangan Khas Polis telah memaklumkan bahawa kemungkinan terdapat agenda tertentu dari pihak atasan untuk memburukkan nama Sdr Anwar. Ini dilapurkan oleh beliau dalam pada salah satu sessi perbicaraan. Lapuran kepada Perdana Menteri Malaysia tersebut mengunkap bahawa terdapat agenda tertentu oleh beberapa pihak untuk menjatuhkan nama baik Sdr Anwar Ibrahim.

Kenapa dikatakan Konspirasi

Perbagai persoalan yang boleh menunjukkan bahawa terdapat "cover up" tertentu dan ketidak konsitant saksi pendakwa raya dalam memberi keterangan.

Banyak perkara perihal tuduhan Sdr Anwar yang terlalu "remote" dan berdasarkan "hearsay" khususnya hasil nukilan cerita Ummi Halfida dan Azizan.

Banyak yang boleh dipersoalkan?

Bukan kah ini konspirasi?

Kalau pemecatannya hanya berdasarkan surat yang tidak konklusif dan tidak mempunyai bukti bukti kukuh.

Surat Ummi Halfida menjadi titik tolak penyiasatan Operation Solid Grip sedangkan surat tersebut adalah satu tuduhan tidak berasas.

Kenapa perlu Tun Daim terlibat dalam menyoal Ummi Halfida dan kenapa Megat Junid tidak terus menyerahkan surat tersebut kepada Perdana Menteri selaku ketuanya dalam Kementerian?

Kenapa setelah penyiasatan dibuat Mohamed Said Awang dan hasil siasatan beliau mengatakan bahawa ini adalah satu perancangan tidak ada asas bagi tuduhan tuduhan tersebut tetapi Anwar Ibrahim masih diintip dan di awasi?

Kenapa Azizan masih bebas sedangkan Munawar dan Sukma dipenjarakan.

 Kesalahan Anwar dalam meliwat Munawar dan Sukma belum terbukti tetapi mereka telah dipenjara atas tuduhan membenar Sdr Anwar meliwat mereka.

Seandainya Anwar tidak didapati bersalah dalam tuduhan meliwat, apakah kesalahan Munawar dan Sukma ? Siapakah yang meliwat mereka sehingga terpenjara?

Penahanan atas Akta ISA, kesalahan atas Penal Code hairankan?

Bagi 4 kes yang sedang dibicarakan apakah Polis dan Special Branch terlibat akan dikenakan hukuman menyalahguna kuasa dalam melaksanakan operasi Neutralising dan Operation Turning Over.

Keterangan saksi berhubung dengan Sdr Anwar menyuruh mereka menyoal dan meminta supaya Azizan dibawa berjumpa dengan beliau menunjukkan bahawa beliau ingin menyelesaikan masalah dan mengetahui kenapa mereka membuat tuduhan tersebut.

Ini adalah kes antara tuduhan mulut sahaja dan tidak terdapat satu rekod konkrit yang Anwar menyuruh Unit Khas Polis bertindak dan mengertak Ummi dan Azizan serta melaksanakan operasi turning over.

Banyak sekali persoalan yang boleh di layarkan tetapi kami percaya pengikut pengikut Reformasi sedia maklum.

 

Kenapa Komentar mengatakan Anwar akan dijatuhkan verdict BERSALAH?

Kerana pakatan konspirasi inilah akan menyebabkan Anwar Ibrahim didapati BERSALAH. Mereka mengaturkan perkara tersebut dan dalam peraturan itu jelas banyak sekali kepincangan pentadbiran DR MAHATHIR terselongkar.

Ini menyebabkan Anwar Ibrahim terpaksa nak tak nak mesti ditentukan BERSALAH

Hukuman mungkin serendah rendah nya dari 6 bulan ke setahun setiap kesalahan dan mereka akan menentukan supaya kelayakkan beliau bertanding digugur.

Komentar percaya dalam 10 kes keatas beliau mereka berharap satu kes akan didapati BERSALAH.

Ini akan memastikan bahawa pimpinan Dr Mahathir terus ada dan terus diterima dan direstui oleh Perundangan kita.

Kalau dilihat secara mendalam kesepuluh kes tersebut adalah berasas tuduhan mulut dan individu."Their word against mine" Kesalahan 4 kes rasuah tersebut menyaksikan kegagalan saksi saksi tersebut membuktikan bahawa mereka dipaksa oleh Anwar Ibrahim untuk melaksanakan operasi turning over dan neutralising.

Tidak terdapat ancaman Anwar Ibrahim kepada mereka.

Sekiranya terdapat ancaman Anwar Ibrahim ke atas kedudukan mereka dalam perkhidmatan kerajaan, atau pun janji memberikan mereka kedudukan dalam kerajaan MAKA ini adalah asas RASUAH dan SDR ANWAR wajib dihukum.

DENGAN ANCAMAN ATAU JANJI INILAH BARU IANYA BOLEH MENUNJUKKAN TERDAPAT ASAS ASAS RASUAH DAN PENYALAHAN PENGGUNAAN KUASA

Tanpa ancaman atau janji maka rasuah dan penyalahgunaan kuasa tidak boleh diterimapakai.

Tidak boleh disangkal terdapat kemungkinan mereka tersendiri yang melewati had dan kuasa mereka dalam membuktikan kepada TPM bahawa mereka adalah orang orang yang boleh diharap dan mengharap akan mendapat balasan dari segi kenaikan pangkat dan sebagainya"being in the good books of Deputy Prime Minister". Seperti sorang pekerja membodek majikan?

Walau bagaimana pun Komentar dalam menyurut kembali perkara perkara ini dapat menyimpulkan bahawa terdapat perbezaan antara tuduhan yang dicari kerana berkepentingan dengan tuduhan yang dibuat kerana kesalahan jelas dan sedia ada.

Walau apa pun konspirasi ini menyaksikan bahawa mereka terpaksa membuat keputusan supaya Anwar Ibrahim didapati BERSALAH.

Lihat sekarang ini strateji baru telah mula dimainkan. Kebebasan beberapa Akhbar dalam melapurkan perkara perbicaraan dan kesanggupan NTV7 dalam mengadakan debat dan forum bertujuan mengaburkan kedudukan sebenar dimata dunia.

Komentar berharap dan berdoa agar ANWAR IBRAHIM tidak didapati BERSALAH tetapi dari sudut logik theory Konspirasi mereka, ANWAR MESTI DIDAPATI BERSALAH BAGI SALAH SATU TUDUHAN BERIKUT:

DAN TUDUHAN ITU ADALAH :

RASUAH DAN PENYALAHGUNAAN KUASA atau

SEKS DILUAR TABII.

KOMENTAR percaya tuduhan rasuah inilah yang paling baik untuk mereka dapatkan verdict ANWAR BERSALAH.