Komentar

19hb Feb 1999

 

Hamid Albar menipu rakyat?

 

Kenyataan Syed Hamid bahawa pelajar Malaysia telah diberi maklumat palsu tentang kerajaan dan kepimpinan Dr Mahathir adalah satu langkah menutup kebenaran dari diketahui oleh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia perlu disedarkan bahawa majoriti pelajar kita luar dan dalam negara menentang tindakan kezaliman dan ketidak adilan yang dijalankan oleh kerajaan keatas Sdr Anwar Ibrahim Rakyat Malaysia perlu tahu bahawa pelajar kita sedar akan pencabulan kedaulatan undang undang yang dilaksankan oleh Mahathir dan kuncu kuncunya.

 

Syed Hamid turut mengatakan bahawa pelajar kita telah dan akan diberi maklumat sebenar bagi menangani maklumat palsu yang tersebar luas melalui internet. Syed Hamid dalam kenyataannya juga menyebut bahawa pelajar luar negeri telah mengetahui keadaan sebenar dan telah kembali menerima kerajaan BARISAN NASIONAL sebagai pemerintah .

 

Pemalsua ini adalah bagi mengaburkan mata rakyat yang kononnya pelajar malaysia sekarang sudah kembali menyokong kerajaan. Perlu kita ingatkan kepada Syed Hamid bahawa pelajar dalam dan luar negara serta majoriti masyarakat antarabangsa sedang ketawa melihat kebodohan pemimpin kita yang masih berpegang kepada Dr Mahathir sedang beliau bakal dikenang sebagai pemusnah UMNO dan pemerintah paling kejam dalam Malaysia.

 

Pelajar Malaysia luar negeri buktikan kepalsuan berita tersebut.