Make your own free website on Tripod.com
TUN HANIFF OMAR
Pada 9hb Oktober 1993 POLIS DIRAJA MALAYSIA ada bukti kukuh tentang salah laku dan perlakuan seks sumbang oleh Saudara Anwar Ibrahim
Lapuran Utusan Malaysia Edisi Internet 23hb September 1998
 
 
 
 
 " KATA KATA HIKMAH BELIAU"

"PERDANA MENTERI TIDAK CAKAP BANYAK DAN SAYA TAHU SANGAT, PM KALAU TAK CAKAP BANYAK, DIA TIDAK PERCAYALAH.PASAL DIA TAK PERCAYA, SAYA TAK MAHU TEKANKAN LAGI"

Dengan kata lain kata kata hikmah Tun Haniff Omar boleh disimpulkan seperti berikut:

1. Walaupun bukti bukti kukuh ada atas kesalahan yang dilakukan oleh pembesar negara tetapi KALAU PM DIAM POLIS DIAM

2. Biarpun kes jenayah atau kes yang melibatkan keselamatan dalam negeri WALAUPUN dengan adanya bukti kukuh maka kalau PM DIAM POLIS DIAM


MAKA TERCATAT DALAM SEJARAH
MALAYSIA PADA 23hb September 1998
Yang Dihormati
TUN HANIFF OMAR MENEGASKAN
KALAU PM DIAM POLIS DIAM
Biar bukti sekukuh mana pun

MALU DENGAN ADANYA JABATAN POLIS
SEDEMIKIAN RUPA.
PADA YB TAN SRI KETUA POLIS NEGARA
SAUDARA RAHIM
JABATAN POLIS MASIH MACAM ITU KAH SEKARANG?
KIRA NYA KALAU ADA RASUAH YANG DILAKUKAN OLEH MENTERI DAN PM DIAM POLIS DENGAN BUKTI KUKUH PUN DIAM
HABIS MANA KETEGASAN POLIS?
KETEGASAN POLIS PERPINDA PINDA
MENGIKUT KATA PM DAN MEMBELAKANGKAN UNDANG UNDANG YANG SEDIA ADA?
ATAUPUN POLIS PILIH KES IKUT DARJAT KETURUNAN DAN PANGKAT
TUN HANIFF TELAH MEMBUKA PEKONG DIDADANYA SEWAKTU MEMERINTAH JABATAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
MASIH BEGITU KAH PEMERINTAHAN DIBAWAH
SAUDARA TAN SRI RAHIM?


Kepada Tan Sri Rahim Noor,

Yang dihormati Tun Haniff Omar telah secara terus mendedahkan bahawa walaupun bukti bukti kukuh diperolehi dalam sebarang kes melibatkan jenayah,rasuah ataupun salah laku seks oleh Menteri tetapi Undang Undang mutlak adalah pada Perdana Menteri Malaysia.

Sehubungan dengan itu kalau ada pralaku salah disisi undang undang dengan bukti bukti kukuh kita rujuk kepada Perdana Menteri kalau dia diam kita diam . Peguam Negara kita tolak tepi. Perlembagaan, kedaulatan Undang Undang kita tunggu PM bercakap , kalau dia diam maka kita diam, lepas itu kita laungkan Jabatan Polis tegas dalam menjalankan kerja dan tidak ada sesiapa melebihi undang undang.

Tan Sri,

Apa betulkah ini sistem polis ?   PM DIAM POLIS DIAM
Sesuatu yang ingin saya kemukakan agar Polis Malaysia tidak tercemar dengan kenyataan Tun Haniff Omar Bekas Ketua Polis Negara yang mengambarkan antara lain:

1. Tidak ada ketegasan

2. Tidak adil dalam menjalankan kerja/memilih kes
3. Berat sebelah dalam mendukung kedaulatan Undang Undang
4. Tidak bertanggung jawab sebagai contoh Tun Haniff menyebut terdapat bukti kukuh dan kenapa membiarkan bukti itu begitu. Kalau ia nya mengancam negara seperti yang didakwa tangkap saudara Anwar sewaktu itu. Bawa kemuka keadilan kerana keluruhan perlembagaan dan kedaulatan Undang Undang sering dilaungkan.

5. Undang undang tidak tertakluk pada PM, kalau PM diam Polis Diam

6. Sistem inikan yang dijalankan oleh Polis sekarang ini.

TanSri,

Jawablah kerana laungan Tan Sri tentang undang undang dan ketegasan Polis seakan basi dengan kenyataan Tun Haniff Omar.



    JANGAN JADIKAN MOTTO POLIS
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
PM DIAM POLIS DIAM