DR HATTA RAMLI DAN LOKMAN NOOR ADAM BERTINDAK CEMERLANG SEBAGAI PEMIMPIN DISANGGANG
Komentar
24/3/2000
Ketokohan
kedua-dua kepimpinan Alternatif ini telah menaikkan semangat menuntut reformasi
di Sanggang semasa hari penamaan calon pada 21hb March 2000. Semangat Reformasi
yang kian lama kian pudar dijalanan terasa kembali pada hari itu. Laungan-laungan
bersemangat meningkat iltizam kita untuk terus memperjuangkan agenda perubahan.
Lokman Noor Adam Pemuda Keadilan memang telah nampak ketokohannya untuk
menerajui gerakan reformasi jalanan. Anak muda ini mampu menaikkan semangat
reformasi setiap kali menerajui demonstrasi jalanan. Sikap keberanian inilah
yang perlu ada dalam kita mengusahakan perubahan dalam negara. Kita perlu
tampil tanpa rasa takut untuk memperjuangkan agenda perubahan yang di laungkan
oleh Sdr Anwar Ibrahim. Kehadiran kepimpinan seperti ini dalam gerakan
reformasi amat diperlukan. Komentar percaya anak muda ini mampu mengerakkan
kembali tuntutan reformasi yang sekian lama sunyi khususnya di Kuala Lumpur.
Komentar insyallah akan menulis sebab dan kenapa Kuala Lumpur sunyi kini dari
gerakan reformasi menuntut keadilan.
Komentar
menyarankan agar LEDAKKAN REFORMASI 2000 pada 15hb March 2000 ini dipimpin oleh
Sdr Lkman Noor Adam. Komentar tetap akan turut serta.