YA ALLAH BENARKAN BERITA INI

Komentar 17/2/2000

Benarkan maklumat yang baru kami terima dari "grass root" keADILan .Dimaklumkan kepada kami bahawa jumlah antara kita yang telah berpatah balik dan meninggalkan keADILan telah mula meningkat. Pemecahan ini berlaku akibat ketidakstabilan kepimpinan keADILan yang menunjukkan lebih diskriminasi dari demokrasi. Merujukkan kepada peningkatan penghijrahan ini apa yang lebih mengerunkan adalah penghijrahan mereka kepada parti lawan. Dimaklumkan jumlah penghijrahan daripada keADILan ke PAS adalah tinggi berbandingkan dengan jumlah penghijrahan dari keADILan ke UMNO. Walauapapun apa yang boleh diambil dari ura-ura ini adalah penghijrahan ini berlaku. Nasib kita agak baik kerana penghijrahan ini banyak kepada PAS dan bukan UMNO. Sungguhpun begitu PENGHIJRAHAN memberi satu gambaran bahawa keADILan mempunyai masalah dan masalah ini perlu di bendung.

Komentar akan berusaha untuk mendapatkan kepastian berita ini. Apa pun keADILan perlu sedar, kepimpinan yang lemah dan tidak jujur akan menjana kepada keruntuhan. Datin Presiden dan beberapa MPT yang telus sahaja yang dapat membantu keADILan.

KOMENTAR