LEBIH HINA DARI HINA

Komentar 28/1/2000

Andainya semua kuasa tertumpu pada Abdullah Badawi selaku Timbalan Presiden Parti. Andainya Abdullah Badawi melanggar arahan Presiden Parti. Andainya setiap keputusan setiap mesyuarat dalam Parti harus dirujuk kepada Abdullah Badawi. Andainya semua keputusan mesti mengikuti Timbalan Presiden dan kuasa terpusat kepada Abdullah Badawi. Apa akan berlaku. Semestinya Abdullah Badawi akan terus melanggari segala mereka dalam parti. Seharusnya semua kuasa mutlak ini akan menyebabkan Abdullah Badawi lebih diktaktor. Kuasa ditanganya dan tidak siapa boleh melanggarnya. Apakah kuasa mutlak ini akan dibiarkan oleh Presiden. Apakah Presiden tidak tercabar. Apakah muslihat Abdullah Badawi dan kenapa beliau mahu meragut semua kuasa dalam parti. Apakah kuasa mutlak ini melambangkan hilangnya demokrasi. Kuasa mutlak tidak harus ada dan kuasa mutlak BUKAN AMALAN DEMOKRASI KITA. Habis itulah yang wujud dalam isu Chandra Muzzafar. Apakah ini harus dibiarkan dan apakah MPT lain sanggup melihat ini berlaku. Jika ia, masih ada kekosongan dalam UMNO. Hijrahlah kesana kerana perjuangan kita berbeza dan kami reformis tidak akan diam melihat senario ini berlaku dalam keADILan.HILANGKAN KUASA MUTLAK INI DARI CHANDRA

JANGAN ADA KUASA MUTLAK PADA INDIVIDU DALAM keADILan

Komentar.