KESALAHAN JENAYAH RAHIM NOOR

Komentar 14/3/2000

 

MAHKAMAH SEKSYEN 3

JENAYAH

OKT: TANSRI RAHIM NOOR

HAKIM: YANG MULIA AKHTAR TAHIR

PENDAKWA: PEGUAM SALEHUDDIN SAIDIN

 

PERTUDUHAN ASAL

SEKSYEN 325 KANUN KESEKSAAN DIPINDA PADA SEKSYEN 323 KANUN KESEKSAAN.

 

MAKLUMAN

 

Tan Sri Rahim Noor telah mengaku bersalah atas tuduhan pindaan tersebut. Tuduhan pindaan ini menjangka hukuman yang lebih ringan buat Tan Sri Rahim Noor. Dengan pindaan ini Tan Sri Rahim Noor dijangka didenda sebanyak anggaran RM 500.00 Keputusan hukuman akan ditetapkan pada 15/3/2000. Pindaan ini menunjukkan betapa kuatnya pengaruh politik dalam sistem kehakiman kita. Nampaknya Selective Prosecution menjadi amalan Pejabat Peguam Negara yang sepatutnya berteraskan keadilan sejagat. Sekarang kita menyaksikan bahawa pindaan ini adalah untuk menyelamatkan tali barut Dr Mahazalim ataupun diri dia sendiri. Malaysia sekarang ini mungkin lebih fleksible. Kita boleh teranjang dan pukul orang dan hukuman yang amat ringan sekali. Lagi menyeronokkan adalah kita boleh mengikat mangsa serta menutup matanya sebelum kita membelasahnya sepuas-puas hati. Agaknya dengan keputusan mahkamah yang sebegini “moderate” maka kita digalakkan untuk menerajang Dr Mahathir sekiranya kita benci kepada beliau. Jangan risau hukumannya hanya denda RM 500.00 sahaja. Kesalahan buang sampah adalah lebih berat atau sama berat dengan kesalahan jenayah Rahim Noor.

 

HIDUP GANGSTERISM SATU PERUBAHAN DARI NEGARA KEPOLISIAN KEPADA KE GANSTERISMA