Make your own free website on Tripod.com
NTV 7 DATE LINE 18 NOV 1998

IBRAHIM ALI

Perdebatan Ibrahim Ali dan Kamarazaman dengan Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya cuma bukan sahaja menunjukkan sikap tertutup pemikiran beliau malah menunjukkan bahawa sokongan membuta tuli atas Dr Mahathir Mohamed.

Hujah hujah beliau adalah fakta sejarah dan pengalaman beliau yang dimanipulasikan oleh beliau sendiri.Ini adalah untuk menyumbang kepada sokongan beliau kepada Dr Mahathir Mohamed dan penentangan beliau keatas isu menuntut keadilan dan gerakan REFORMASI. Ini adalah kerana isu REFORMASI menyuarakan kepincangan kerajaan yang beliau sendiri terbabit baik secara langsung atau tidak langsung.

Penglibatan beliau semasa menjalankan demonstrasi pelajar dahulu atas isu kemiskinan dan isu isu sosial ekonomi adalah bagi membuka mata masyarakat bahawa terdapat kepincangan sistem pemerintahan negara dan keperluan parti memerintah mengubal dasar bagi pembasmian kemiskinaan. Bukan kah ini juga isu penentangan terhadap dasar kerjaan sewaktu itu?

Yang beliau tegah sebenarnya adalah isu sokongan terhadap Anwar Ibrahim.

Isu Al Gore dibangkitkan dan soalan ditanya kenapa pihak mahasiswa dan gerakan REFORMASI tidak menentang perkara itu?

Apa bodoh benarkan Ahli Majlis Tertinggi ini? Apakah Presiden Mahasiswa tersebut berani menjawab bahawa pihak REFORMASI tidak ada kepercayaan dengan cara kerajaan malaysia mentadbir dan mendaulatkan sistem perundangan negara. Pihak REFORMASI percaya kenyataan tersebut betul dan pihak kami tidak menolak kenyataan yang betul.

Cuba bagi satu kelulusan exclusive and special privilege dari segi perundangan bahawa tidak ada tindakan susulan atau diskriminasi dalam memberi jawapan secara terbuka dan jelas.

Tindakan beliau mengajak PMUM berdebat adalah tidak adil kerana beliau di beri hak meluas sementara  pihak PMUM terbatas dengan ketakutan tindakan kerajaan.. Pihak kami percaya kalau NTV7 berani membuat debat terbuka, sila panggil para peguam kita di Majlis Peguam Negara dalam memperdebatkan isu corak dan keadilan sistem perundangan atas kes Anwar Ibrahim. Selain para para Mahasiswa dan mereka yang bukan mahasiswa, panggil juga ahli GERAK, Prof. Hussain Ali dan Dr Chandra Muzaffar serta web master yang telah berbulan bulan membuat kajian terhadap kes Anwar Ibrahim.

Baru kita boleh saksikan perdebatan yang sewajarnya dan tidak seperti Mike Tyson melawan juara tinju malaysia yang kerdil jika dibandingkan.

Biarlah buku bertemu ruas dan saya percaya bukan sahaja IBRAHIM ALI tercunggap untuk menjawab kemungkinan akan lebih menunjukkan kebodohan yang lebih jelas lagi dari kebodohan sedia ada.

REFORMASI mahu pertanyaan mereka dijawab. Punca utama gerakan reformasi wujud adalah kerana tidak yakin dengan hujah yang diberi oleh pemimpin negara dengan penangkapan Anwar Ibrahim dan konspirasi yang ada.

KAMI TIDAK MENERIMA SEBARANG JAWAPAN YANG KONKRIT. Apakah cukup jawapan ahli ahli Majlis Tertinggi UMNO seperti berikut dapat memberi keyakinan:

Percayalah tindakan DR Mahathir benar dan tuduhan keatas Anwar benar.

Kalau PM buat keputusan berikut kami percaya PM ada alasan yang sesuai

Mahkamah adil percayalah

Inikah jawapan konkrit! Ini bukan jawapan tapi ini adalah penikutan secara melulu. Kami tidak puas hati dengan jawapan tersebut. Kami mahu jawapan sebenar benar nya. Kami ada hak!

NTV7 buka satu forum samada justified tindakan Dr M melucutkan jawatan dan mengeluarkan tohmahan dan hukuman sebelum perbicaraan.

Buka lah kalau berani. NTV7 tidak melambangkan kejujuran mereka mengandingkan HARIMAU dan TIKUS dalam satu kandang. Mari jumpakan HARIMAU DENGAN HARIMAU. Takut Ibrahim Ali jadi kucing yang mengiau sahaja.

Ibrahim Ali turut berkata Internet adalah Garbage in garbage out? Buktikan tuduhan tuduhan rakan web master itu salah. Buktikan bahawa Mirzan Mokhzani Marina Tun Daim Eric Chia, Ananda Krisna, anak Lee Leong Sik dan sebagainya tidak kaya dan mendapat kekayaan tanpa dorongan kerabat mereka.

Buktikan artikel Tun Salleh Abbas bahawa Rule Of Law kita tidak terjejas dan menyimpang.

Buktikan bahawa penangkapan Munawar dan Sukma adil dan Azizan tidak tangkap walaupun beliau mengaku, BUKANKAH INI SEOLAH OLAH KONSPIRASI PROTECTION PROGRAM

Buktikan bahawa Anwar Ibrahim tidak didera dan mata dan leher nya cedera kerana terlanggar IGP dalam sel gelap.

BUKTIKAN dari hanya bercakap kosong dan membodohkan diri.

WE REST OUR CASE

KOMENTAR

LASI SEKALI APA KATA ALGORE TU BETUL KAMI BERANI KERANA KEADILAN WALAUPUN BUKAN AMERIKA YANG KAMI SOKONG.

CUMA DR M YANG KAMI TENTANG