Komentar

16 February 1999

 

Ibrahim Ali dalam The New Straits Times (PC Times) menyebut bahawa Kerajaan akan berusaha keras untuk meneliti semua artikel artikel anti kerajaan yang wujud dalam laman laman internet. Beliau turut berkata bahawa Laman laman anti kerajaan telah banyak terbentuk dan akan berkerjasama dengan MIMOS dan TELEKOM dalam usaha membenteras perkembangan Laman ini dan berhasrat untuk membawa pengusaha Laman ini ke muka pengadilan sekiranya artikel artikel dalam laman ini bersifat tohmahan dan menghasut.

Komentar ingin menyelar bahawa kehadiran Ibrahim Ali dalam kerajaan adalah sebagai langkah Mahathir menyakitkan hati para anggota Reformasi. Jelas ramai antara kita pendokong Reformasi dan ahli ahli PAS memang membantah perlantikan beliau dalam jemaah menteri. Sokongan padu Ibrahim Ali pada Datuk Seri Dr Mahathir adalah penipuan beliau untuk mendapat tempat dalam kerajaan. Ibrahim Ali memang terkenal dalam memberi sokongan kepada mana mana pihak yang dijangka beliau dapat memberikan feadah dan tempat untuk beliau. Dari tindakan beliau, yang jelas adalah beliau bukan pemimpin rakyat tapi lebih kepada mementingkan diri sendiri.

Beliau seharusnya melihat dahulu tohmahan yang dibuat oleh mereka anggota konspirasi keatas Anwar Ibrahim. Kes ini lebih berat berbanding dengan kewujudan laman anti kerajaan. Laman ini terbentuk adalah kerana sikap kurang ajar kerajaan kepada salah seorang rakyat Malaysia yakni Sdr Anwar Ibrahim. Perkembangan laman ini pula didorong oleh bencinya rakyat kepada keganasan polis dan terbongkarnya ketidakadilan dalam proses mahkamah.

 

KITA TOLAK IBRAHIM ALI

Ibrahim Ali patut ditentang dan diinjakkan ketepi dalam pilihanraya akan datang.Kehadiran dalam kerajaan atas fakta mengampu tidak menjamin kekekalan beliau. Warga Internet disaran mengeluarkan semua bidasan terhadap Ibrahim Ali pemimpin yang tidak punya pendirian dan bukan kalangan pembela rakyat.Mari kita gagalkan beliau dan tengok samada selepas ini beliau berpihak pula pada Datin Seri Dr Wan Azizah.

 

WARGA NET - USAHAKAN KEGAGALAN BELIAU KERANA BELIAU TIDAK LAYAK MEMIMPIN.