KOMENTAR 7/4/99

 

PAK LAH MASIH KELIRU

 

STAR melapurkan bahawa Abdullah Ahmad Badawi masih tetap mengatakan imej Jabatan Polis tidak tergugat kerana perbuatan bekas Ketua Polis Negara keatas Anwar Ibrahim. Pak Lah perlu sedar bahawa imej polis telah tergugat Rakyat tahu bahawa Jabatan Polis cuba menutup kes pemukulan Tan Sri Rahim Noor. Jabatan Polis dan pegawai kanan mereka tahu akan perbuatan Rahim Noor tetapi memilih untuk berdiam diri. Pak Lah buka mata dan lihat betapa takutnya rakyat setelah menyaksikan kekasaran polis pada para demonstrasi. Tindakan Polis membelahi Mahathir amat dikesali. Mahahtir dan kuncu kuncu kroni sedang memulakan pembikinan strategi baru dalam usaha memenangi kembali kepercayaan rakyat dengan meletakkan Pak Lah sebagai umpan. Apakah kenyataan Pak Lah perihal imej polis tersebut jujur atau sengaja untuk menyedapkan hati rakyat. Setakat ini hanya Pak Lah dan rakan suapan Dr Mahathir sahaja yang mengatakan bahawa imej polis tidak tergugat sedangkan rakyat yang lain mula gerun dan menyampah tindakan pegawai atasan polis yang ingin bermain politik.

 

Dah lah tu Pak Lah , jangan mengarut.