Make your own free website on Tripod.com

ISU ANTI USA UNTUK MENGALIH PERHATIAN KITA KEPADA ISU SEBENAR YANG MELANDA NEGARA KITA

 

Maruah negara tidak tercalar dengan kenyataan Al Gore. Maruah negara tidak tercalar dengan lawatan Setiausaha Agung US berjumpa Dr Wan Azizah. Malaysia tidak hilang kemerdekaan nya dengan sokongan President Filipina atau sokongan Australia. Tidak perlulah Datuk Mohamed Rahmat mengigau dengan harapan berjumpa dengan konspirasi USA dengan Reformasi kerana ianya tidak perah ada. Konspirasi depan hidung nya sendiri beliau tidak nampak.

Kita sudah lama merdeka dari penjajah. Kemerdekaan kita tidak lagi diganggu gugat oleh negara barat. Sekiranya datang mereka untuk menjajah kembali negara ini kami akan turut serta menentang.

KAMI MENENTANG PENJAJAH. DAN KAMI SEDANG MENENTANG MEREKA YANG MAHU MENJAJAH KAMI DAN NEGARA INI.

Kemerdekaan sebenarnya terjejas kerana rakyat negara ini diperhamba dan diperbodohkan oleh pemimpin sendiri. Kemerdekaan kita hilang bila kedaulatan Undang Undang kita di gores dan dicemar oleh pemimpin kita sendiri. Kemerdekaan kita hancur dengan kezaliman yang jelas dilaksanakan tanpa peri kemausiaan. Kemerdekaan kita dicabul oleh mereka yang menghalang kami mengirup nilai dan erti kemerdekaan sebenar.

Dan dengan pencabulan hak dan keistimewaan Sdr Anwar Ibrahim dan rakan rakan nya yang kami hormati ini serta kezaliman yang dilakukan keatas mereka maka keadilan dan nilai demokrasi hilang dan basi.

Dan siapa yang merestukan semua ini berlaku. Siapa lagi kalau tidak Dr Mahathir Mohamed dan kuncu kuncu konspirasi mereka. Kenapa PAK MENTERI KITA masih BUTA terhadap perkara ini. Sesungguhnya tidak kami fahami kenapa menteri menteri daif dan angkuh dalam melihat kezaliman ini dilakukan tanpa prihatin.

DAN SIAPA YANG MERESTUKAN SEMUA INI BERLAKU KALAU TIDAK DR MAHATHIR.

Mereka seolah olah terkunci hati dan buta lalu mengikuti sahaja Regim Pemerintah sekarang ini. Apa mereka mempunyai alasan atau telah di turn over oleh Jabatan Polis kita.

Mereka semestinya sedar tindakan keatas Sdr Anwar Ibrahim adalah satu tindakan bodoh dan sebarang keputusan dalam mahkamah kelak yang tidak memihak kepada Anwar akan ditentang oleh kami selaku REFORMASI.

Banyak perkara telah dipersoalkan dalam internet ini tapi satu jawapan konkrit tidak dipenuhi. Tuduhan tuduhan keatas Sdr Anwar tidak berasas dan hampir sepanjang perjalanan proses mahkamah menunjukan ketidak ikhlasan Jabatan Polis Negara.

Banyak double standard dilakasanakan oleh Peguam Negara dan banyak konspirasi protection program dilaksanakan untuk meneruskan penipuan dan konspirasi ini.

Tidak payah kita membahaskan isu isu lain kerana semua isu yang ada dibawah oleh golongan reformasi semua warga reformasi dan bukan reformasi tahu. Kenapa tidak disatukan kami dalam dialog terbuka bersama Badawi dan Najib. Kita lihat pandangan mereka yang tidak ikhlas tersebut.

Kita boleh nampak sendiri bahawa kepimpinan Dr Mahathir jelas menunjukkan kronism dan nephotism mereka kaya dengan hasil pembayaran cukai. Mereka gagal menjawab sebarang tuduhan yang kami lemparkan kepada mereka.

Ahmad Badawi sendiri mula mengorat langkah untuk menjadi TPM, begitu juga Tengku Razaliegh

Najib menunggu saat bahaga nya untuk jadi TPM. Semua mereka ini punya kepentingan dalam menyokong Dr Mahathir.

Hairan kenapa justice kita sekarang ini hanya didefinasikan oleh pihak konspirasi sebagai PERCAYALAH PADA DR MAHATHIR.

 

Sudahlah mereka buta pada perjuangan dan buta kerana kewangan.

BENAR KITA DIDORONGI OLEH MEREKA YANG MASIH MAHU TERUS BERJUANG UNTUK KEADILAN .

MALU KITA DENGAN DR MAHATHIR.LALU KEMERDEKAAN SERTA DEMOKRASI TELAH DICEMAR OLEH MEREKA.

UNDUR DATUK SERI DR MAHATHIR MOHAMED SEBELUM TERKECIWA.

SEKIAN

KOMENTAR