SERAWAK TUMBANG KERANA TOHMAHAN

Komentar 20/1/2000

Surat kabar STAR dan THE SUN telah melapurkan bahawa hampir 20,000 penyokong keADILan Sewarak berada dalam kegelapan. Dimaklumkan bahawa keADILan Pusat telah memutuskan agar AJK Perhubungan Negeri Serawak digantung. Ali Yaakub, Ketua Penerangan keADILan Negeri memberitahu bahawa tidak ada sebab yang dikemukakan kepada mereka atas pengantungan tersebut. Setiausaha Agung keADILan Sdr Annuar Tahir telah memaklumkan kepada mereka tentang pengantungan tersebut tanpa merujuk kepada Sdr Yusuf Rahman selaku Ketua Perhubungan Negeri tersebut. Apa yang difahamkan ialah apabila ditanya sebab-sebab pengantungan tersebut dan samada pengantungan tersebut boleh tarik semula bagi membolehkan Sdr Yusuf Rahman mendapatkan kepastian sepenuhnya , Sdr Annuar Tahir akan hanya mengatakan bahawa ini adalah keputusan MPT. Menurut beliau lagi keputusan MPT adalah muktamat (sama seperti keputusan Mahathir dan corak kepimpinan Mahathir). Mesyuarat MPT yang dilapurkan bersidang pada 30hb Disember 1999 hanya mengantung AJK Perhubungan Negeri tanpa justifikasi. Komentar berasa hairan kenapa perkara ini boleh berlaku dan sepatutnya penjelasan harus diberi atas kenapa tindakan tersebut diambil. Kehebatan MPT inilah yang merungsing Komentar sebagai ahli keADILan yang akan tetap memperjuangkan kebebasan Sdr Anwar Ibrahim.Tindakan sebegini menampakkan terdapat kepincangan pada kepimpinan keADILan. Tetapi setelah beberapa siasatan dilaksanakan apa yang jelas adalah kepimpinan MPT telah terpengaruh tanpa usul periksa tohmahan yang dibuat keatas reformis Sdr Yusuff Rahman. Tanpa usul periksa tohmahan keatas Sdr Yussoff Rahman telah dijadikan penyebab kenapa AJK Perhubungan Negeri Serawak digantung. Ini adalah satu keputusan yang paling biadap kerana keputusan tanpa usul periksa,tanpa memberi keadilan kepada tertuduh berlanggaran dengan perjuangan kita. Ini juga perbuatan biadap atas perjuangan Sdr Anwar Ibrahim.

Komentar tidak mengatakan bahawa kebenaran berpihak kepada Sdr Yusuff Rahman, tetapi apa yang ingin Komentar tekankan adalah sepatutnya tuduhan harus disiasat dengan memberi keutamaan kepada tertuduh membela atas segala pertuduhan dan penuduh perlu mengemukakan bukti kukuh atas tuduhan tersebut. Jika ini berlarutan maka keADILan tidak langsung mendokong konsep perjuangan Sdr Anwar Ibrahim dan segala pergorbanan Sdr Anwar Ibrahim adalah sia-sia belaka. Apakah kita tidak sedar lagi atas senario Sdr Anwar di tohmah dan di fitnah? Atas tohmahan dan fitnahlah Sdr Anwar terpenjara. Sedar dan insaflah, perbaiki keadaan sebelum sampai kepilihanraya akan datang.

JANGAN BIADAP PADA PERJUANGAN

KOMENTAR