JANGAN TIPU ANWAR IBRAHIM

Komentar 29/12/99

Apakah selama ini kita bersikap jujur antara sesama kita di dalam keADILan ? Apakah selama ini kita mengambarkan yang terbaik untuk Anwar Ibrahim tetapi pada hakikatnya kita bergolak dan pergolakkan ini boleh memberi laluan kepada kehancuran parti. Apakah kita akan terus menerus menipu Bapa Reformasi Malaysia Sdr Anwar Ibrahim yang terpenjara akibat memperjuangkan keadilan? Sedar atau tidak perbuatan dan perlakuan kita dalam parti secara tidak langsung akan menyebabkan Sdr Anwar Ibrahim berterusan di Sg Buluh.Sedar atau tidak perbuatan kita dan ketidakmatangan beberapa pimpinan kita menyumbang kepada kegagalan Parti Keadilan Nasional sekarang dan juga masa akan datang. Kita engkar nasihat yang diberi oleh Sdr Anwar Ibrahim dalam keraguan beliau terhadap penyertaan kaum Cina dalam keADILan dan Reformasi. Kita gagal membawa reformasi kampung-kampung. Program tawan kampung Wilayah Persekutuan umpamanya berkubur kerana perlaksanaan yang tidak terurus dan penekanan yang lemah oleh ahli-ahli Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan. Kita perlu mengkaji apakah kelemahan Program Tawan Kampung yang dilancarkan oleh TANAH LAHIR REFORMASI yakni WILAYAH PERSEKUTUAN. Kita perlu melihat kelemahan kita walaupun kita akur bahawa pemainan kotor BN wujud semasa pilihanraya ke 10 baru-baru ini. Kita tahu pergolakan di setiap Perhubungan Negeri memberi sumbangan dalam kegagalan kita semasa pilihanraya ke 10. Apakah ini harus dibiarkan sahaja? Apakah kita terus menerus menipu Sdr Anwar Ibrahim dengan mengatakan semuanya berjalan lancar sedangkan pada hakikatnya ia nya TIDAK. Beberapa kepimpinan keADILan seharusnya bertanggung jawab atas kekalahan kita dalam menegakkan keadilan dan membebaskan Sdr Anwar Ibrahim. Komentar secara berbuka menyatakan bahawa adalah satu kehampaan melihat TANAH LAHIRNYA REFORMASI tewas dan terlepas dari pegangan keADILan. Apa silapnya? DAP berjaya di Kuala Lumpur sedangkan keADILan TEWAS. Siapa yang perlu bertanggung jawab? Sedih melihat kekalahan keADILan di kuala Lumpur. Kita perlu siasat, kita perlu lihat kenapa kita tewas di Kuala Lumpur? Sekiranya ada indikasi (sememangnya wujud) yang memberi penerangan bahawa kekalahan kita adalah berpunca atas kelemahan kepimpinan kita di Kuala Lumpur maka kepimpinan tersebut harus dirobah agar kesalahan kedua tidak berlaku semasa pilihanraya ke 11 nanti.

Pokoknya KITA TIDAK USAH memainkan muzik yang indah-indah untuk dialunkan kepada Bapa Reformasi Malaysia sedangkan keindahan tersebut tiada.

Komentar