ANWAR DERHAKA

19/2/2000

JEBAT DAHULU JEBAT SEKARANG

Hakikatnya melayu telah berubah. Jebat yang derhaka dahulunya kini menjadi lambang kepahlawanan individu dalam menentang kezaliman, ketidakadilan dan kekuasaan mutlak raja-raja melayu zaman dahulu. Jebat dilambangkan sebagai penderhakaan terhadap sistem yang memusatkan kuasa tanpa sebarang timbang balas terhadap perlaksanaan kepemerintahan sesabuah negara. Jesteru itu penderhakaan Jebat tidak lagi ditolak malahan diterima sebagai individu yang berani menuntut kebenaran demi bangsa melayu itu sendiri.

MUSIM BERLALU ZAMAN BERUBAH

Jebat itu muncul kembali. Muncul melaungkan penderhakaannya kepada sistem yang zalim, kini wujud dalam zaman dan era baru penghidupan. Muncul dengan berani tanpa takut pada risiko perjuangan itu. Pengorbanan merupakan asas perjuangannya. Kematian merupakan jihad. Risiko adalah mainan Jebat ini. Jebat bangkit dan meluangkan REFORMASI. Kalau dahulu Jebat tidak dibela secara keseluruhan oleh masyarakat melayu, kini Jebat ini dapat menyedarkan serta membangkitkan aspirasi rakyat menuntut perubahan. Jebat ini bangkit dengan langkah kepahlawanan menepis segala penghinaan dan membongkar segala kezaliman dan ketidakadilan dalam proses pelawanan yang penuh kemodenan dan saintifik.Jebat alaf baru,melayu baru dan perjuangan cara baru. Walau keris tidak digunakan tetapi kesakitan dan kesengsaraannya perjuangan alaf ini melebihi beratus tikaman yang terlaksana.

PERJUANGAN JEBAT TETAP SERUPA

Tidak berbeza perjuangan Jebat dahulu dan sekarang. Tuntutan pembelaan kepada rakyat adalah tuntutan utama. Perjuangan menjatuhkan kepemerintahan yang zalim dan tidak adil adalah perjuangan mereka biar dahulu mahupun sekarang. Menuntut perubahan adalah agenda mereka. Tidak berbeza melainkan zaman dan cara. Bergegarlah Melaka pada zaman itu. Bergegarlah Malaysia pada zaman ini. Sesuatu yang pasti adalah perjuangan Jebat alaf baru ini diterima oleh rakyat keseluruhan khususnya Melayu demi menyahut tuntutan REFORMASI.

BENARKAH JEBAT ERA INI PENDERHAKA ?

Benar, dan tidak ada sesiapa yang boleh menyangkal kebenaran ini. Kalau sistem itu zalim maka wajar kita derhaka kepada sistem tersebut. Kalau raja-raja Melayu zalim maka wajar kita menderhaka kepada raja tersebut. Kalau ketidakadilan itu pegangan mereka yang memimpin maka seharusnya kita menderhaka kepada kepimpinan tersebut. Apakah ini jenis penderhakaan yang harus ditolak? Apakah ini penderhakaan yang patut ditentang oleh rakyat semua? Apakah penderhakaan ini bukan untuk kesejahteraan rakyat? Apakah penderhakaan ini bukan demi menuntut perubahan yang lebih adil dan saksama? Apakah penderhakaan ini tidak harus kita sertai? Jebat sedar kita menderhaka kepada sistem yang tidak menunjukkan keadilan sejagat pada rakyat. Jebat sedar kezaliman mereka menghina keperibadian Melayu. Jebat sedar sikap kepimpinan yang berbentuk kronisma,nepotismisma dan korupsi perlu dikikis dari menjadi sebati dengan masyarakat kita. Jebat sedar dan terus berusaha memperbaiki sistem yang ada. Apakah kita penderhaka?

JANGANLAH KITA MENDERHAKAI PERJUANGAN JEBAT INI

Tuntut segera! Jangan kita biarkan Jebat ini berjuang berseorangan. Kita sedar dan kita tahu perubahan itu perlu. Jangan kita lupa bahawa pengorbanan Jebat ini adalah untuk kesejahteraan negara kita, bangsa kita dan agama kita. Jebat ini menderhaka kepada mereka yang menunjukkan jalan kearah kemungkaran hidup. Kita turut menderhaka bersama Jebat. Kita turut berkorban kerana matlamat dan perjuangan Jebat.

JANGAN TUAH MENIKAM JEBAT

Jangan kita wujudkan Tuah untuk menikam Jebat. Jangan kita wujudkan Tuah untuk membunuh perjuangan menuntut keadilan dan menentang kezaliman. Jangan ,jangan kita wujudkan senario pembunuhan diri kita sendiri.

ANWAR IBRAHIM DERHAKA? SAMA SEKALI TIDAK KEPADA TUNTUTAN RAKYAT TIDAK PADA AGAMA DAN TIDAK PADA BANGSA.