APAKAH KITA TERPENJARA JUGA ?

Komentar 4/2/2000

Sdr Anwar Ibrahim pernah menyindir Dr Mahathir dengan mengatakan walaupun jasadnya dipenjara oleh mereka tetapi jiwanya tetap merdeka. Begitu kental dan bersemangat kita mendengarnya. Kata-kata Sdr Anwar Ibrahim akan terus menjadi pembakar semangat untuk kita terus dan terus berjuang. Dalam pada itu juga Sdr Anwar Ibrahim seakan memberitahu kita dengan ungkapan-ungkapan semangatnya bahawa kebebasan kita ini tidak memestikan kita merdeka. Kebebasan kita ini tidak memestikan jiwa kita dan minda kita terbebas seandainya kita enggan membebaskan diri sendiri. Keberanian kita menyuarakan yang benar dan melaksanakan yang adil membebaskan kita dari kecurigaan yang timbul dalam jiwa kita. Kita harus berani dengan itu maka jiwa kita juga akan merdeka seperti yang dikatakan oleh Sdr Anwar Ibrahim. Janganlah kita memenjarakan diri kerana ketakutan. MPT merdekakah kalian semua?

Jangan dipenjarakan Presiden kita.

KOMENTAR