SAYANGKAN ANUAR TAHIR ATAU PARTI

Komentar 23/2/2000

Rintitan dari amaran Kad Kuning yang telah dilayangkan oleh Komentar , amat terkejut sekali apabila Komentar menerima beberapa email yang menyokong pembongkaran perlakuan sumbang politik Anuar Tahir. Komentar dengan beberapa dokumen yang ada (tidak sehebat Ezam dengan 6 kotaknya) amat terkejut kerana ada antara mereka yang sanggup mengirim beberapa kenyataan lagi untuk dipertengahkan bagi menunjukkan kepada keADILan siapa Anuar Tahir sebenarnya. Ada antara mereka yang ingin berpesan meminta Anuar Tahir mengimbas kembali perlakuannya yang membabitkan beberapa persoalan semasa beliau di ABIM dahulu. Ketidaktelusan beliau dalam menjalankan aktiviti di ABIM turut di maklumkan kepada Komentar. Permainan beliau hampir seluruh Perhubungan Negeri dan Bahagian amat mengugat kestabilan keADILan secara keseluruhan. Pihak Komentar kini semakin hampir untuk melayangkan kad merah kepada Anuar Tahir dan sekiranya ini berlaku maka terbongkarlah perbuatan busuk beliau di seluruh negara.

Komentar dengan ini MERAYU kepada kepimpinan yang mata keADILan nya masih jelas terbuka untuk mengambil tindakan keatas Anuar Tahir sebaik sahaja sidang MPT bulan hadapan. RAYUAN ini tidak akan menjadi satu rayuan selepas ini. Kepimpinan tertinggi , percayalah perubahan dalam parti ini perlu. Ahli MPT tahu perkara ini tetapi masih mendiamkan diri. Apakah ini yang diajar oleh Anwar Ibrahim! Anwar Ibrahim tidak pernah mengajar kita jadi pengecut. Jangan hanya pandai memanggil ahli UMNO sebagai mereka yang penakut dan korup tetapi disekitar keADILan turut wujud mereka yang busuk tetapi takut ditentang.

RAYUAN ini dipohon sekali lagi. Ubahlah kalau kerana keharmonian parti. Anuar Tahir parasit yang perlu dihapuskan.

YANG MERAYU

KOMENTAR