Make your own free website on Tripod.com

Salam Reformasi,

Komentar 25/12/98

 

Terlebih dahulu komentar ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pendokong reformasi dan semoga usaha kita menuntut keadilan tidak pudar dan terus menyala. Bagi pendokong reformasi yang menyambut Chrismas Komentar mengucapkan Selamat Hari Natal kepada mereka. Teruskan usaha kita tidak kira agama ,kaum atau kebudayaan dalam mencapai kejayaan. Perjuangan kita belum berakhir selagi golongan mendokong kezaliman tidak berundur dan selagi Dr Mahathir disinggahsana kezaliman. Pihak Komentar buat masa ini masih turut serta dengan menjalankan aktiviti aktiviti yang dilaksanakan oleh Kumpulan Reformasi Wangsa Maju. Pihak kami sering hari lebih berkeyakinan akan kejayaan yang akan datang. Pihak Komenetar yakin Sdr Anwar Ibrahim akan berjaya hasil usaha kita bersama dalam menentang kezaliman dan ketidakadilan.

 

Pihak kami akan tetap meluangkan masa untuk sama sama mengetahui aktiviti dan perkembangan Kumpulan Reformasi Wangsa Maju dan akan terus berusaha menyampaikan artikel artikel yang menolak konspirasi Dr Mahathir.

 

Sekian dahulu sehingga bertemu kembali

 

KOMENTAR