Make your own free website on Tripod.com

IBRAHIM ALI DAN KENYATAAN BELIAU KEPADA MAJLIS PEGUAM

Setelah berhempas pulas mengampu Dr Mahathir Mohamed maka beliau terlantik untuk menyertai kerajaan buat sementara sehingga kekalahan yang akan melanda Ibrahim Ali pada pilihanraya akan datang. Ibrahim Ali semenjak menjawat jawatan telah bergerak hebat dengan kenyataan kenyataan membidas penyokong Gerakan Reformasi dan Sdr Anwar Ibrahim. Beliau juga bercita cita untuk mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang kononnya menyampaikan fitnah atau tuduhan palsu keatas anggota kerajaan dan bercadang menubuhkan satu jawatankuasa guaman bagi merangka tindakan yang akan diambil. Bagi menyempurnakan tugas beliau yang tidak effektif kini beliau membuat lapuran polis perihal tuduhan membunuh Dr Mahathir yang nyata tidak benar. Sekarang beliau menegaskan bahawa Majlis Peguam tidak seharusnya campur tangan atas pemilihan Hakim. Sebagai seorang yang sering melukut ditepian gantang kesempatan kes Anwar Ibrahim diambil sepenuhnya oleh beliau untuk meningkatkan karier politiknya tanpa rasa prihatin terhadap tuduhan dan tohmahan keatas Sdr Anwar Ibrahim. Mungkin yang penting bagi beliau adalah perut dan dibawah perut sahaja. Maaf kerana pemimpin seperti Ibrahim Ali tidak layak di hormati.Ibrahim Ali sepatutnya menilai diri sendiri dan kedudukan beliau yang sama sama terlibat dalam menyokong konspirasi ini. Semoga Allah memberi balasan yang setimpal terhadap beliau. Dan didoakan agar balasan ini jelas kepada rakyat Malaysia dan dapat membuka mata golongan konspirasi yang zalim.

BENARKAN BARISAN NASIONAL AKAN TUMPAS KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

Diberitahu kepada kami bahawa kebanyakkan cawangan UMNO diKuala Lumpur sedang ghairah menunggu isyarat dari Sdr Anwar Ibrahim akan hala tujunya dalam politik. Rata rata ketua ketua UMNO cawangan sedang memerhatikan langkah Sdr Anwar Ibrahim dan langkah inilah akan dilalui oleh mereka. Mereka dikatakan masih menunggu dan tidak menceburi mana mana pertubuhan politik selagi Sdr Anwar Ibrahim menyampaikan mandat perjuangan dan landasan perjuangannya. Wangsa Maju, Titiwangsa dan kawasan kawasan Kuala Lumpur dipercayai semenjak dari awal lagi menuntut kepada reformasi. Dipercayai juga ahli UMNO kawasan Ampang Jaya telah mendapat kesedaran reformasi mereka. Apa yang mereka harapkan adalah penetapan landasan mana yang akan diambil oleh Anwar Ibrahim kerana landasan itu jugalah yang akan diambil oleh penyokong Anwar Ibrahim.

 

KOMENTAR

Mungkin telah sampai masa Sdr Anwar Ibrahim membuat keputusan akan platform mana yang patut diceburi oleh "die hard supporter" beliau. Masa telah mulai menghampiri pilihanraya maka evaluasi terperinci perlu dibuat oleh Sdr Anwar Ibrahim agar keputusan beliau dapat memulakan gerakan reformasi yang mantap dan kukuh.