KEADILAN SELEPAS PILIHANRAYA

KOMENTAR 7/11/99

A.Nor Mohd

UMNO tergugat dalam kemenangan Barisan Nasional pada pilihanraya yang baru lalu. Sungguhpun keADILan dan rakan Alternatif lain tidak berjaya dalam menghalang pembentukkan kerajaan oleh Barisan Nasional tetapi pilihanraya yang baru berlalu ini seolah-olah memberi satu isyarat kepada UMNO bahawa bunga-bunga penolakan mereka oleh rakyat melayu di Malaysia sudah berputik. Jelas pilihanraya ini menunjukkan bahawa isu Anwar Ibrahim merupakan isu utama penolakkan masyarakat melayu terhadap UMNO. Isu ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku keatas Sdr Anwar Ibrahim merupakan punca utama penolakkan melayu keatas UMNO. Ini tidak akan berakhir selagi Sdr Anwar Ibrahim TIDAK diberi peluang membela diri secara adil. Walauapa pun keraguan Sdr Anwar Ibrahim tentang pengundi kaum lain nyata berasas. Masyarakat kaum lain masih menganggap isu Anwar Ibrahim adalah "all Malay Affairs". Barisan Nasional terus menerus menggunakan isu 13hb Mei 1969 sebagai satu senjata mengugut kaum Cina. Walaupun beberapa rangka tindakan akan diambil untuk menunjukkan campurtangan kerajaan dalam mengadakan pilihanraya yang adil tetapi hakikatnya Barisan Nasional masih ada sokongan dan melihat keadaan ini sokongan yang diterima adalah berasaskan ketidakadilan mainan media sebagai SALURAN INFORMASI kepada SALURAN MANIPULASI.

Barisan Nasional berjaya memerintah tetapi Barisan Nasional akan senantiasa diawasi hampir kesemua rakyat Malaysia. Kecurigaan terhadap pemerintahan Barisan Nasional telah wujud dan permainan mereka dalam memanipulasikan perundangan negara dalam mengadili kes Sdr Anwar Ibrahim akan menebalkan lagi kecurigaan rakyat Malaysia keatas mereka. Jesteru itu

Barisan Nasional harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan penolakkan rakyat terhadap mereka khususnya penolakkan mereka terhadap Dr Mahathir.

Mampukan Barisan Alternatif khususnya Parti Keadilan Nasional bertahan sehingga Pilihanraya akan datang ?