PERJALANAN KITA MASIH PANJANG

(Artikel kumpulan kecil reformasi Wangsa Maju & Titiwangsa)

Salam reformasi,

Banyak sudah kita harungi dari tarikh pemecatan Sdr Anwar Ibrahim sehingga kini. Mereka yang tidak serik serik membicarakan kebenaran dan sokongan kepada Sdr Anwar Ibrahim akan sedikit sebanyak merasai keletihan walau pun kami percaya sokongan dan perjuangan tersebut tidak sedikit pun luntur. Ia tidak akan luntur selagi Sdr Anwar Ibrahim masih dibicarakan atas kesalahan yang direka untuk tujuan menjatuhkan dan mengagalkan beliau dalam usaha menegakkan keadilan untuk rakyat.

Setakat ini kami percaya perjalanan perbicaraan tersebut masih panjang. Perbicaraan tersebut akan berlarutan dan semasa inilah kesempatan diambil oleh kerajaan untuk membeli sokongan terhadap mereka. Pembelian sokongan ini lah yang menyebabkan kami tidak putus putus mengesa supaya kumpulan reformasi bertindak dan terus bertindak dengan membuka platform platform asas dalam persediaan membantu menjatuhkan golongan golongan pemimpin yang lupa kepada rakyat, yang angkuh kepada rakyat dan yang menzalimi rakyat.

Kita tidak harus lagi menunggu dan kami percaya ketua kita Sdr Anwar Ibrahim mahu dan berharap agar ruang perjuangan yang dibukanya diteruskan sehingga berjaya. Kenapa perlu kita biarkan pengkhianat dan pemusnah bangsa kita ini bermaharajalela, duduk berempokkan kuasa dan bersenjatakan kewangan. Kenapa harus kita biarkan telunjuk mereka mengancam kedaulatan undang undang kita , teriakkan mereka umpama kilat mengancam nyawa dan ketawa mereka sinis menghina kita.

KITA TENTANG PENGKHIANAT DAN PEMUSNAH BANGSA YANG SEDANG BERMAHARAJALELA YANG DUDOK BEREMPOKKAN KUASA DAN BERSENJATAKAN WANG. TELUNJUK MENGANCAM KEDAULATAN UNDANG UNDANG TERIAKKAN MEREKA BAGAI KILAT MENGANCAM NYAWA DAN KETAWA MEREKA SINIS MENGHINA KITA. KITA LAWAN KERANA KITA DIPIHAK BENAR DAN KEBENARAN ITU KUDRAT.

Itulah hakikat dan itulah perjuangan Sdr Anwar Ibrahim, Kami seru supaya strategi pengkhianat ini ditentang dengan strategi yang kuat dan kukuh. Kami percaya dengan adanya kumpulan kumpulan reformasi kecil bertindak menentang dan menekan kawasan mereka maka kita akan berjaya dan terus berjaya.

Kami telah memulakan dikawasan kami WANGSA MAJU DAN TITIWANGSA dan "impact" tekanan kami akan dirasai juga oleh mereka pendokong kepalsuan. Bangkit dikawasan kamu. Tubuhkan kumpulan kecil untuk membina strategi menentang kepalsuan ditempat saudara. Laksanakan perjumpaan kecil dan berilah penerangan sebijak mungkin. Kaji kawasan piliharaya tempat tersebut dan analisa kependudukan dan peratus pengundi antara kaum. Kami percaya tindakan tindakan ini akan dapat membantu para reformasi sekiranya satu platform kebangsaan ditubuhkan bagi menentang kezaliman tersebut.

Kami sedia membantu melalui laman web ini dan sekiranya platform sebenar wujud kami tidak teragak agak untuk bangkit secara besar besaran dan siap bersedia bertembung menentang mereka. INILAH ASAS KITA , INILAH PERSEDIAAN KITA SEMENTARA KETUA KITA SDR ANWAR IBRAHIM MASIH LAGI DALAM TAWANAN MEREKA.

Saudara Reformasi,

Kita belum lagi dapat merayakan kejayaan,kita belum lagi boleh bertepok tangan dan kita belum lagi boleh tersenyum selagi ketua kita dalam tawanan mereka yang lupa pada keadilan dan lupa bahawa kuasa mereka datang dari kita.

Kita belum boleh gembira kerana keadilan dan kebebasan kita bersuara disekat,dirantai dan ancam oleh perundangan ISA yang disalahgunakan.

Kita perlu perjuangkan sehingga negara kita ini bebas dari golongan kurang ajar dan lancang mencalit debu pada kedaulatan undang undang kita. Kita mulakan langkah kita secara tersusun dan berkesan. Kita bertindak dalam keamanan yang ada. Kita hadirkan diri pada setiap perhimpunan aman bagi menunjukkan kita masih bersatu dan sekira disuruh beredar kita beredar. Kita tidak mahu sokongan padu kita dipatahkan dengan semua ketua kita ditawan.

Saudara Reformasi,

Kedaulatan kita , negara kita dan bangsa kita dicemar oleh perbuatan biadap kita bukan campurtangan luar negara. Kalau campurtangan luar negara tindakan kita akan bermula jauh sebelum pemecatan Sdr Anwar Ibrahim. Kita penentu pemimpin bukan mereka penentu kita. Kita majoriti dan mereka diberi kuasa oleh kita dan kita berhak menarik balik kuasa itu. Walau apa pun mereka sedang mengenggam kuasa, dan kita tanpa senjata sehebat mereka. Jesteru itu kederat kita menjadi pengukur kejayaan kita. Peluh kita menjadi tanda perjuangan, laungan kita tanda sokongan dan mati kita tanda kejayaan.

SDR REFORMASI,

MULA DAN BANGUN MEMBENTUK PLATFORM KECIL KAMU DEMI BERSEDIA BAGI MENEMPUHI PILIHANRAYA BIAR BILA IA DIADAKAN. BANGKIT DENGAN AZAM DAN DENGAN KELUHURAN CITA CITA. KITA SERU SEMUA BANGUN DAN SEKIRANYA TERDAPAT PENGKHIANAT TERSEBUT MEMIMPIN KAMU TENTANG MEREKA.

SAUDARA REFORMASI,

SEBELUM PEMBUKAAN PLATFORM DITEMPAT KAMU ADAKAN SATU KETUA DAN HANTARKAN DEKLARASI SOKONGAN PADA DR WAN AZIZAH. BERI KETERANGAN KAMU SECARA "DETAIL" DAN KEMBARKAN SALINAN KAD PENGENALAN KETUA KAMU. BIAR WALAU IANYA TIDAK DIBALAS IANYA MERUPAKAN BUKTI BAHAWA KAWASAN KAMU TELAH WUJUD PLATFORM REFORMASI.

Saudara ku reformasi,

Bangkit dengan perjuangan ini, tuntut lah keadilan dan hapuskan kezaliman. Insyallah kita akan berjaya.

BANGUN SEGERA KERANA TIDAK PUNYAI MASA

Terima Kasih dan moga moga perjuangan kami dan rakan komentar yang sedia mengeluarkan kenyataan ini direstui Allah.