PARTI KEADILAN NASIONAL

 

Jawapan kepada samada wujudnya parti baru bagi platform reformasi telah diketahui. Kewujudan Parti Keadilan Nasional dibawah kepimpinan Dr Wan Azizah merupakan satu lagi alternatif bagi rakyat Malaysia. Kehadiran parti ini dikhususkan bagi semua rakyat Malaysia tidak mengira kaum dan keturunan. Ia juga alternatif kepada ahli UMNO yang telah hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan UMNO. Parti ini akan memperkuatkan lagi barisan pembangkang bagi mengukuhkan kedudukan untuk mula mencabar Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang. Kesatuan antara parti ii dengan rakan pembangkang lain perlu demi mencapai cita cita yang mengkhususkan agar keadilan sebenar diperolehi.

 

MENUTUP LOMPANG POLITIK

 

Artikel Komentar yang menerangkan keperluan satu parti lagi bagi menutup lompang politik kini wujud. Walaupun Komentar menyarankan supaya PRM memainkan peranan tersebut namun kehadiran PKN dijangka dapat menutup lompang politik tersebut. Lompang politik ini seperti yang telah sedia di maklumkan wujud kerana kerana terdapat beberapa kumpulan masyarakat yang masih tidak tahu hala tuju sokongan mereka . Masyarakat tersebut terdiri dari:

 

1. Mereka yang dari ahli UMNO yang belum sedia menerima PAS sebagai wadah perjuangan.

2. Dari masyarakat bangsa lain yang tidak menerima PAS , DAP dan PRM. Parti PKN ini dapat bertindak sebagai satu lagi alternatif.

3. Mereka yang pro Anwar Ibrahim dan gerakan Reformasi yang ditaja oleh Anwar Ibrahim .

 

Dengan adanya PKN maka penyatuan pembangkang dirasakan kukuh dan ini akan memberi peluang yang lebih cerah lagi untuk Barisan Pembangkang memerintah negara.

 

BARISAN NASIONAL PASTI KECUNDANG