JELAS KONSPIRASI WILAYAH PERSEKUTUAN ADALAH TAJAAN ZAINUR ZAKARIA

Komentar 9/2/2000

Komentar menerima email yang jelas menunjukkan bahawa kebusukkan Zainur Zakaria jelas dan permainan politik murahannya begitu biadap. Dimaklumkan bahawa Wangsa Maju salah satu bahagian dibawah Wilayah Persekutuan telah hampir kepada saat pemancungan hasil mainan Zainur Zakaria,Anuar Tahir dan Marina Yussoff. Saat pemancungan tersebut telah ditetapkan pada 14hb Febuari 2000. Walaubagaimanapun cara mereka mahu mengugurkan Ketua Bahagian tersebut dilaksanakan dengan menyorok dibelakang perlembagaan. Malang setiap yang busuk macam mana ditutup pun baunya akan merebak juga. Zainur Zakaria telah dilapurkan mengadakan satu mesyuarat perhubungan negeri yang mana mesyuarat tersebut dirahsiakan dari Bahagian Wangsa Maju. Email tersebut mengatakan semestinya Setiausaha Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan Sdr Suhaimi Salleh akan mengatakan bahawa mereka telah menghantar notis tetapi hakikatnya tidak. Tidak ada satu langkah diambil untuk memaklumkan Wangsa Maju tentang Mesyuarat tersebut.

BUKAN KAH INI SESUATU YANG MEMBUSUKKAN.

Sungguhpun rancangan mereka untuk menjatuhkan Reformis Nasir Hussien sudah hampir berjaya tetapi dengan tindakan mereka terus mengenepikan Wangsa Maju pada Mesyuarat Perhubungan Negeri pada 31hb Januari 2000 tersebut jelas menunjukkan bahawa SDR ZAINUR ZAKARIA lebih buruk perlakuannya dari yang disangkakan. Biadap benar Sdr Zainur Zakaria ini. Komentar melihat pada justifikasi yang dihantar ini rasa terhina kerana suatu masa dahulu Zainur Zakaria dianggap wira menjadi benteng perundangan Anwar Ibrahim. Akhirnya perkataan wira itu tepat tetapi wira kepada kejatuhan Wilayah Persekutuan. Zainur Zakaria hentikanlah pembohongan anda. Menjerit-jerit semasa berkempen tentang keadilan rupanya hanya untuk mempopularkan dirinya. Zainur Zakaria juga diberitakan bertanggungjawab MEMBUNUH beberapa reformis yang telah memperhambakan diri dalam perjuangan keadilan sehinggakan mereka merempat dalam ISA. KEJI PERBUATAN ZAINUR ZAKARIA.

Komentar