ANUAR TAHIR SEPATUTNYA TAHU KEDUDUKAN BELIAU

Komentar 17/2/2000

Anuar Tahir masih tidak faham lagi. Peranan beliau dalam memainkan politik murahan dibeberapa bahagian dan negeri telah terbongkar. Keinginan beliau mencaturkan politik Kuala Lumpur bersama Zainur Zakaria dan Marina amat jelas. Sistem pemancungan mereka keatas Wangsa Maju, Segambut dan Batu amat tersusun sekali. Pemainan beliau di Sarawak dan Terengganu telah mula jelas. Apabila Bapa Reformasi diberitakan memberi indikasi bahawa Perhubungan Negeri Sarawak diletakkan kembali atas jagaan Yusuff Rahman bukan sahaja memberi indikasi bahawa perjuangan beliau diterima oleh Bapa Reformasi tetapi memberi indikasi bahawa Anuar Tahir sepatutnya mengangkat kaki beliau keluar dari Phileo. Ingat Anuar Tahir ini perjuangan menentang kezaliman kepemerintahaan bukan bertikam sama sendiri. Malang Anuar Tahir lebih gemar bermain politik murahan dari memfokuskan kepada agenda asal. Anuar Tahir mungkin mahukan Komentar lebih memberi keterangan atau menekan beliau agar melepaskan jawatan beliau sekarang ini. Mungkin Anuar Tahir memikirkan bahawa pejuang reformasi ini buta kepada keadaan sekarang ini. Jangan Anuar Tahir, jangan ingatkan Setiausaha Agung itu tidak boleh diganggu-gugat oleh kami. Anuar Tahir jangan jadi macam Dr Mahathir. Komentar masih ada kesabaran lagi. Jangan sampai kejahatan, keburukkan dan kekotoran Sdr Nauar Tahir perlu dibongkar sepenuhnya.

Komentar