Komentar

21hb Feb 1999

 

Benarkah Mahathir ditipu oleh Ketua Perhubungan Umno Negeri setiapkali beliau datang untuk berucap? Mahathir setiapkali mengadakan pertemuan dengan rakyat ditipu oleh urusetia dan pemimpin UMNO Negeri dengan mengatakan bahawa semua bahagian dan cawangan masih lagi setia dibawah kepimpinan beliau. Setiapkali perjumpaan maka UMNO negeri bergegas menjalankan tindakan untuk meramaikan hadirin bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa UMNO masih diterima. Setiapkali ada perjumpaan bersama rakyat UMNO Negeri pening kepala. Apakah ini benar. Merujukkan kepada soalan ini Ahli Umno Ampang Jaya mengakui bahawa fenomena ini benar. Kurangnya sambutan dalam sebarang aktiviti UMNO telah mula terasa. Beberapa majlis bersama rakyat yang dianjurkan di Ampang Jaya turut ditangguhkan.Beliau turut memaklumkan bahawa penerimaan rakyat untuk UMNO berkurangan tetapi pengurangan ini tidak seharusnya menjadi tanda kemenangan selagi kemenangan benar tidak tercapai. Kawasan Ampang Jaya telah memunjukkan beberapa "signal" keruntuhan UMNO dan Ketua Umno Perhubungan Negeri harus sedar bahawa penenerimaan mereka dan sokongan mereka terhadap Mahathir akan menyebabkan ahli UMNO meninggalkan parti.

Mahathir masih mencari sesuatu yang kukuh untuk terus berpegang pada kuasa sedangkan rakyat sudah menolaknya.

Mungkinkah Mahathir tidak akan bertanding dalam pilihanraya akan datang? Apakah helahnya untuk tidak bertanding? Siapakah antara kroninya yang akan memegang kuasa Malaysia? Teori teori telah mula dikemukan perihal Mahathir tidak bertanding. Komentar akan cuba meminta pandangan Ketua Reformasi Kecil Wangsa Maju untuk mengupas dan meneliti teori ini.

 

Komentar