GAMBAR INI DIPEROLEHI DARI MAHAZALIM

Inilah dia pejuang reformasi. Mereka mendokung dan membangkitkan semangat rakyat. Mereka yang bakal di penjara demi keadilan. Mereka hadir mengambil risiko dan memegang pada satu matlamat. Mereka dan pejuang lain yang pernah ditahan dan ada yang diseksa dalam tahanan ISA terus menerus berjuang. Adakah mereka ini harus diTIPU dan DIKHIANATI OLEH PARTI SENDIRI.

Apakah perjuangan mereka yang menuntut keadilan diperkosa oleh segelintir kepimpinan tertinggi Parti Keadilan Nasional yang hanya mempunyai agenda tersendiri. Apakah perbuatan diktaktor,mengalakkan tohmahan,menabur fitnah dan melaksanakan kezaliman pada ahli sendiri tidak perlu pembelaan demi keadilan.

Apakah sokongan ini adalah sokongan keadilan dan reformasi ciptaan Chandra Muzaffar? Apakah pengorbanan mereka hasil laungan Zainur Zakaria atau Marina Yussoff? Golongan reformis ini menuntut keadilan atas pengorbanan Sdr Anwar Ibrahim. Mereka turut mengorbankan masa , harta,kebebasan sekiranya ditangkap,diseksa dalam tahanan ISA dan diugut. Kenapa bila platform parti ditubuhkan maka sesetengah kepimpinan kita akur kepada budaya fitnah,jatuh menjatuh, kronisma,bodek membodek. Jangan berdolak dalih. Parti Keadilan Nasional dalam keadaan meruncing. Kita berreformasi mereka berpolitik. Kita pejuangkan keadilan mereka melaksanakan agenda tersendiri. Banyak lagi informasi yang akan Komentar kemukakan sehingga Parti Keadilan Nasional bersih dari pemimpin yang mengkhianati perjuangan sebenar.

KOMENTAR MENYARANKAN SUPAYA MEREKA YANG HADIR BERREFORMASI MENGADAKAN LAMBANG REFROMASI BUKAN PARTI YANG BEBERAPA KEPIMPINANNYA HANYA MEMPERKUDAKAN KITA.