Make your own free website on Tripod.com
KHALID JEFRI MENULIS ILLUSI SEKS NYA SENDIRI
 
Buku 50 dalil  kenapa  Anwar  Tidak  Boleh  Jadi  PM  nyata  bukan ditulis oleh manusia.Kemungkinan ianya ditulis oleh  ilussi  seksnya sendiri. Rata rata  seorang  penulis  pada  keselaluan nya  menulis atas rasa,minda dan analisis yang mendalam  tapi Khalid Jefri lain, ia menulis dengan rakus, tanpa moral dan tidak  berperikemanusiaan.  Buku  yang  tidak  mempunyai  asas  langsung dan tidak terdapat sebarang bukti konkrit.

Nescaya wang mengaburi mata nya. Nilai agama dan moral  tidak  payah diceritakan lagi, penulis yang bukan  sahaja  memalukan  dirinya  sendiri  malah  akan  diingat  sehingga  keanak   cucu  kita  sebagai pendusta dan penabur fitnah terkemuka di Malaysia.

Hairan kerana wang beliau sanggup mengadai maruah diri sendiri, menolak nilai kemanusiaan dan lebih
lagi sebagai manusia yang berisikan kekotoran.

Tapi  walau  apa  pun  beliau  nampak  bagai  dilindungi,  dijaga  dan  tidak  boleh disentuh. Kenapa ya? Seminit  awal  lagi  tuduhan  beliau  terhadap  adanya  anak luar nikah (oleh Anwar) telah dibukti palsu, juga tohmahan tohmahan lain yang tidak benar.Hairan sehingga kini beliau masih bebas berjalan?

Hairan? Semasa Mahathir melaungkan sokongan dia kepada Anwar, Khalid Jefri tidak juga ditangkap
dibawah akta hasutan, atau apa apa akta berkaitan. Beliau bebas.

Kemungkinan   beliau   menulis   kisah  beliau  sendiri.  Tapi  yang  menjadi  perhatian ianya Reformasi mengatakan ini adalah sebahagian dari konspirasi Politik.