Make your own free website on Tripod.com

STAR 12 APRIL 1999

 

Ahmad Badawi melapurkan bahawa PAS telah mula kehilangan isu apabila beliau dikatakan mendengar desas desus yang mengatakan bahawa Ustad Fadzil Noor menyelar beliau sebagai tokoh pemimpin yang dilantik menjaga kebajikan khinzir di Malaysia. Ahmad Badawi dalam kenyataan beliau mengatakan bahawa sekiranya benar Ustad Fadhil Noor berkata demikian maka pemimpin PAS itu di kategorikan sebagai biadap. Bagi kami PAS dan anggota pembangkang mempunyai ratusan malahan ribuan isu yang menunjukkan bahawa BM tidak laysak lagi memerintah.

 

KOMENTAR

 

Biar kita biadap pada pendokong kezaliman kerana kezaliman perbuatan mereka menyebabkan mereka terlalu hina dimata masyarakat.

 

NTV7 12hb April 1999

 

Datuk Hishammudin Tun Hussein Onn memberitahu bahawa satu mesyuarat akan diadakan untuk membicangkan samada mahu mengambil tindakan keatas kenyataan Ustad Fadhil Noor semasa berceramah berhubung dengan kenyataan yang mengatakan bahawa Ahmad Badawi menjaga kebajikkan khinzir. Datuk Hishammuddin turut mengatakan sekiranya terdapat kekurangan UMNO tetapi UMNO tidak seteruk perbuatan Ustad Fadhil Noor yang mengeluarkan kenyataan sedemikian. Datuk Hishammuddin seharusnya mengkaji kekurangan yang dimaksudkan oleh beliau dalam UMNO. Datuk Hishammuddin harus melihat dan berani mengambil pendirian yang lebih tegas berhubung dengan isu Sdr Anwar Ibrahim. Datuk Hishammudin mesti sedar bahawa perbuatan beliau menyokong Dr Mahahtir dibenci oleh rakyat. Perlu diingat bahawa kejatuhan UMNO adalah kerana Dr Mahathir dan kebencian rakyat kepada UMNO menular kepada pemimpin lain UMNO yang menyokong Dr Mahathir kerana ketakutan kehilangan kuasa.

DAH LA TU HISHAMUDDIN

KEGEMILANGAN UMNO AKAN HANYA JADI BAHAN SEJARAH