KITA SERUPA

KOMENTAR 29/1/2000

Komentar terus-menerus mendapat email baik mendesak Komentar menamatkan laman ini mahupun ada yang menyuruhkan laman ini di teruskan demi keadilan. Ada pula yang mendesak dan sekiranya enggan maka mereka berjanji akan membongkar indentiti Komentar. Hebat betul. Apapun Komentar tidak akan berhenti sehingga beberapa MPT yang bertindak dengan mengambil unsur fitnah sebagai fakta. Mereka tidak langsung mengambil ikhtibar kes Sdr Anwar Ibrahim yang jatuh akibat fitnah. Walaubagaimanapun dalam menulis ini Komentar teringat lagu Kita Serupa dari Zainal Abidin. Kenapa ye?

Sewaktu pendedahan kes keracunan arsenik Sdr Anwar Ibrahim kerajaan tidak menyoal macammana dan bagaimana Sdr Anwar boleh diracun dan siapa yang melakukkannya. Apa yang menjadi persoalannya adalah bagaimana spesimen air kencing tersebut boleh diperolehi.

Menyingkap pendedahan Sdr Ezam perihal kes rasuah Rafidah Aziz,kerajaan dan polis bukan menyiasat kebenaran dan kesahihan dokumen tersebut sebaliknya mengambil tindakan keatas Sdr Ezam atas akta OSA mendedahkan rahsia kerajaan dan bagaimana Sdr Ezam boleh memperolehi dokumen tersebut.

Kini Komentar pula, apabila mendedahkan kepincangan beberapa MPT kerana terlalu bersikap terbuka sehinggakan mengambil fitnah sebagai fakta hujah dan keputusan mereka,yang dipersoalkan bukan samaada benar kepincangan itu berlaku malah Komentar pula mahu didedahkan.

Akhirnya KITA SERUPA......KITA SERUPA..........

KOMENTAR