KAMI TEGUH DIBAWAH KEPIMPINAN ZAINUR ZAKARIA

Komentar 26/2/2000

Zainur tidak perlu bangga dengan pengistiharan tersebut dalam mesyuarat Perhubungan Negeri baru-baru ini. Kenapa mahu dilafazkan pengistiharan tersebut? Memang mereka tersebut adalah orang Zainur. Setelah setiap reformis dipancung dan digantikan dengan mereka yang handal dalam politik murahan pengistiharan tersebut tidak lebih dan tidak kurang hanyalah penyerlahan sikap membodek mereka. Zainur Zakaria sekarang dikeliling oleh mereka yang telah dicaturkan oleh beliau agar apa sahaja agenda bodoh Zainur di patuhi mereka. Banyak sekali agenda bodoh yang diluluskan oleh Zainur semasa perhubungan negeri bersidang sebelum waktu pilihanraya. Komentar di maklumkan antara kelulusan Zainur adalah senam aerobik, larian pagi, sepak takraw dan aktivitit mengarut. Ini dimaklumkan dilakukkan sekitar bulan Jun 1999. Hebat,hebat mungkin senaman itu perlu unutk turun berreformasi,cuma yang malang reformasi jalanan mereka-mereka ini takut turun. Zainur Zakaria sepanjang khidmat beliau di Kuala Lumpur akan dilabel sebagai pemusnah reformasi Kuala Lumpur sama dengan Mahathir pemusnah UMNO.

Zainur Zakaria temberang kamu akan di lapurkan dalam media ini menurut kronologi. Satu-satu akan dibongkarkan dan kehinaan perangai kamu.

Sebagai bukti Komentar akan letakkan tarikh-tarikh ini sebagai petunjuk bahawa Komentar tahu dan Zainur tahu.

16 September 1999- Mesyuarat Ketua-ketua Bahagian seMAlaysia yang menunjukkan kehancuran akan bermula

7 Okt 1999- Mesyuarat Pemusnah Bahagian oleh Zainur Zakaria

Kita akan tunjukkan betapa buruk perangai Zainur Zakaria