HISHAMMUDIN TIDAK MAHU BERKOMPROMI

DENGAN MEREKA YANG MEMBURUK BURUKKAN UMNO

 

Hishammuddin semakin hilang populariti. Diperingkat awal reformasi beliau adalah antara yang hebat memperkatakan tentang keburukkan Sdr Anwar Ibrahim. Sekarang senyap seolah olah sedar bahawa beliau tertipu sendiri. Beliau tidak akan berkompromi dengan Mohamed Ezam sekiranya beliau mahu kembali dalam Pemuda Umno. Beliau perlu sedar bahawa hakikatnya adalah tidak ada tempat lagi untuk beliau dan anggota konspirasi di Malaysia ini. Penolakan terhadap beliau telah mula berlaku dikalangan Pemuda Umno. Pemuda Umno menghadapi krisis perpecahan yang kritikal. Banyak antara mereka telah mengubah hala tuju perjuangan. Sokongan terhadap beliau telah mula hambar. Hishamuddin perlu sedar bahawa secara perbandingan Pergerakkan Pemuda Umno dibawah pimpinan beliau bagai melukut tepian gantang dan suara Pemuda seolah olah tidak didengari lagi oleh kepimpinan UMNO

MAKA BERMULA PULA JENTERA UMNO MEMBURUKKAN IDEALOGI PAS DAN DAP

Serangan terhadap PAS telah bermula. Kenyataan PAS sekarang akan menjadi lebih sensitif untuk mereka. Setiap kenyataan akan diputar belit bagi mencapai matlamat memecahkan kepercayaan rakyat terhadap PAS. BN telah memulakan sentimen supaya rakyat Malaysia akan lebih tertekan dengan PAS memerintah. BN telah mula menakut nakutkan rakyat tentang apa akan terjadi sekiranya PAS memerintah. Sentimen BN ini lebih untuk merayu undi dari kaum lain. PAS kena bersedia dan dari pemerhatian BN mempunyai beberapa strategi untuk mengalahkan PAS serta pendokong reformasi. Antara strategi mereka adalah:

 

1. PAS akan meneruskan Dasar sebuah Negara Islam dan hukum Huduh dilaksanakan. BN akan menakut nakutkan rakyat atas proses perlakasanaan hukum ini.

2. Sehubungan dengan itu BN telah mula melaga lagakan ideologi yang bercanggahan antara PAS dan DAP.

3 Paling bahawa adalah BN akan cuba memutarbelitkan hubungan antara preseden PAS dengan MB Kelantan.

AWAS JANGAN TERPENGARUH TERUSKAN REFORMASI