DULU UMNO SEKARANG KONFIUS 

AHLI UMNO AMPANG JAYA MENULIS LAGI,

Salam Reformasi, 

Saya terlihat "sticker " yang meletakkan slogan "DULU UMNO SEKARANG PAS" terpampang di kenderaan kenderaan sekitar Kuala Lumpur. Tersenyum saya ketika itu. Dalam meneliti kebenaran slogan itu terlintas dihati saya "apa pula pada mereka yang belum lagi mendapat menerima sinar PAS dalam perjuangan politik mereka?". Mungkin slogan diatas paling sesuai untuk mereka. Walau apa pun 12hb Febuari 1999 Datuk Mufti Shuib telah membuat jamuan Hari Raya beliau. Saya cuba menghadirkan diri tetapi desakan perjuangan yang ada dalam diri saya menghalang saya dari menghadirkan diri disana. Lencana ADIL yang dipakai rasanya terlalui murni untuk diturunkan semata mata untuk menghadiri Jamuan Hari Raya Datuk Mufti tersebut. Tambahan pula saya percaya semestinya saya akan ditahan ,kalau tidak pun akan dihalau kerana Lencana ADIL yang tersemat didada saya serta "JUSTICE FOR ANWAR" yang dilekatkan dikenderaan saya. Saya sedar bahawa itu adalah jamuan Hari Raya dan sepatutnya semangat persaudaraan Islam patut dipupuk diwaktu perayaan sebegini biar fahaman politik tersebut berbeza,tetapi dalam kes ini saya kurang yakin mereka boleh menerima saya menghadiri jamuan tersebut. Lagipun ini bukan perbezaan politik , ini adalah penentangan saya kepada mereka yang menyokong kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh Dr Mahathir. INI BUKAN POLITIK! Ini adalah perjuangan bagi menentang mereka yang mula mengkhianati rakyat. Saya tidak mungkin dan tidak akan memberi kesetiaan saya pada mereka yang membelakangi rakyat , menolak dan mencemuh rakyat dan mengkhianati rakyat.

Demi itu saya ajukan kepada rakyat Malaysia supaya bersatu dan menunjukkan bahawa kita tidak boleh ditipu lagi, kita tidak boleh diperbudak budakkan dan kita tidak boleh menerima pengkhianat bangsa,agama dan negara. Untuk itu kita turut menolak mereka yang menyokong kemungkaran tersebut.

Satu sahaja yang ingin saya sampaikan kepada Datuk Mufti Shuib dan UMNO,

 

SAYA MENGKHIANATI TAAT SETIA KEPADA UMNO KERANA SAYA TIDAK MAHU KHIANAT PADA BANGSA, AGAMA DAN NEGARA.