Make your own free website on Tripod.com

JAWAPAN KEPADA PERSOALAN PENGUNJUNG LAMAN WEB KOMENTAR

 

SOALAN NYA: MACAM MANA KAMU SEMUA TAHU ANWAR IBRAHIM TIDAK BERSALAH?

 

Soalan ini telah diajukan kepada kami dari salah seorang pengunjung laman Web Komentar. Pada asas nya Komentar memperkecil kecilkan soalan sebegini. Setelah dinasihati oleh rakan rakan Wangsa Maju maka persoalan ini dikemukakan dan di beri penjelasan pada usrah Reformasi Kecil Wangsa Maju.

 

Dalam itu Ketua Reformasi Kecil Wangsa Maju telah menjelaskan beberapa perkara berikut.

 

Yang benar itu kudrat dan yang benar itu berani kerana kebenaran dan akan menentang semua tohmahan yang dilemparkan.

 

Yang salah itu kelemahan dan akan menutup semua kelemahan dengan fitnah dan penipuan walau dengan cara apa sekali pun.

 

Dari awal lagi kelihatan satu bentuk ketakutan dan seolah olah terdapat satu desakan / terdesak oleh Dr Mahathir untuk mengeluarkan Anwar dari pemerintahan dan parti.

 

Alasan nya ialah sekiranya terdapat perkara yang berlaku kepadanya beliau tidak mahu pemimpin yang rendah moral seperti Anwar menggantinya.

 

Ini adalah alasan Dr Mahathir. Tetapi bolehkan kita percaya alasan ini jujur? Tidak , kenapa tidak kalau beliau sebenarnya takut sekiranya beliau mati dan Anwar akan menggantikan beliau kenapa sekarang TPM pun tidak dilantik. Kalau beliau mati sekarang apa tidak akan timbul huru hara mencari pengganti beliau. Tentu Najib dan Pak Lah akan cuba mengunakan kuasa dan penyokong masing masing (entah ada entahkan tidak) dalam percubaan mengantikan Dr Mahathir. Kenapa itu tidak difikirkan.

 

Ketakutan Dr Mahathir dan kroninya jelas kelihatan kerana segala bentuk kekerasan dilaksanakan. Seolah olah negara kita ini sudah menjadi ala komunis. Dari tarikh Sdr Anwar Ibrahim dipecat sudah dimulakan kegiatan menolak,memalukan,mengkeji dan mencerca Sdr Anwar Ibrahim. Dari hari itu juga semua media media seakan berkomplot memburukkan saudara Anwar Ibrahim. Dengan tersebarnya affidavit SAC Musa untuk Datuk Nalla maka kelihatan bermula komplot membunuh peri laku Sdr Anwar Ibrahim.

 

DR MAHATHIR DAN KUNCU RESAH

 

Kalau semua jentera kerajaan digunakan untuk menentang Anwar, media media diarah melapurkan berita yang tidak atau kurang benar, polis diarah menangkap semua yang dikatakan menyokong Anwar, kekerasan dilakukan, sistem perundangan dimanipulasikan dan kezaliman menjadi asas pemerintahan apakah ini tidak meragukan. Kerana Anwar Ibrahim maka kerajaan seakan akan beria ria benar hendak menunjukkan bahawa Anwar bersalah. Seakan mereka tersepit sehingga sanggup melakukan mission do or die kerana Anwar. Biar negara negara luar mengkritik sistem perundangan, biar mereka mengutuk cara pentadbiran namun Anwar mesti didapati bersalah. Mereka mengadai kedaulatan undang undang, mengadai maruah bangsa untuk ini. Kenapa? Kenapa semua ini dilakukan?

 

Semua ini dilakukan untuk menyelamat kroni dan keluarganya sendiri. Mereka takut kepada Anwar, mereka semua takut kehadiran Anwar akan membongkar segala kepincangan yang dilakukan mereka. Mereka tidak ikhlas dalam menjalankan kewajipan mereka. Kalau Munawar dan Sukma mengaku diugut dan didera uantuk menipu dan mengatakan ada hubungan sulit dengan Anwar masakan ini menunjukkan keikhlasan mereka.

 

Sudahlah, biar dibawa tilam mengunung tinggi, karpet yang diselubungi air mani, cadar yang penuh dengan kesan, gumpalan rambut yang berplastik plastik banyaknya, namun rakyat tidak akan percaya. Ini kerana dari awal lagi keikhlasan mereka menangani kes ini amat meragukan. Ini adalah konspirasi dan jelas ini tidak dapat disangkal.

 

Siapa antara mereka dalam golongan konspirasi yang berani hadir untuk debat secara terbuka dengan rakyat. Kalau bercakap sorang sorang mereka berani kerana tidak dapat di sanggah atau dipatahkan usul mereka. Kalau benar berani turunkan Mahathir, Najib, Rafidah, Ibrahim banggang Ali, Megat Junid untuk bersemuka dengan kami , dengan pendokong reformasi dan beri jawapan satu persatu. KALAU BERANI . Ini tidak di depan akhbar kepunyaan mereka sedap mengkritik tetapi takut bila disoal.

 

Mahathir bila ditanya kenapa report kes penderaan Anwar Ibrahim senyap. Berani pula berkata tidak tahu kenapa lapuran itu lambat. Peguam Negara, entahlah senyap pasal lapuran tersebut. Nak periksa lagi katanya.

 

Hentikan lah , semua ini penipuan yang paling rendah moralnya. Sudahlah, perundangan tidak boleh diharapkan bagi mendapat keadilan. Sekarang masa menuntut.

 

Kita tuntut.