Make your own free website on Tripod.com

MALEK HUSSIN AKAN MEMBUAT SATU LAGI LAPURAN POLIS?

 

KOMENTAR 5/5/99

 

Nyata Malek Hussin tidak putus semangat dalam perjuangan ini. Pada 1hb Mei 1999 beliau telah membuat 5 lapuran polis perihal tuduhan BERSUBAHAT antara pegawai-pegawai kanan polis dengan bekas Ketua Polis Negara dalam kes pemukulan Sdr Anwar Ibrahim di Lokap Bukit Aman. Kami dilapurkan bahawa usaha Malek tidak tamat setakat itu sahaja malah akan melihat pula implikasi penipuan kenyataan Peguam Negara yang menyebut bahawa TIDAK SEMUA kecederaan Sdr Anwar Ibrahim berpunca dari tindakan polis. Sdr Malek sedang sibuk berusaha meneliti Lapuran Siasatan Suruhanjaya DiRaja perihal kes pemukulan Sdr Anwar Ibrahim yang diumumkan dan dikeluarkan baru baru ini. Tidak dapat dinafikan bahawa Suruhanjaya Di Raja tersebut walaupun berjaya menunjukkan bahawa Tan Sri Rahim Noor bertanggungjawab melakukan penderaan tersebut TETAPI GAGAL mengusulkan tindakan terhadap anggota kanan polis TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNG JAWAB MEREKA dalam melapurkan perlakuan jenayah walaupun mereka mengetahui perbuatan tersebut telah berlaku. Jelas imej polis runtuh dan jelas Jabatan Polis tidak ikhlas dalam menjalankan tudgas mereka mencegah jenayah. Adakah ini yang dikatakan "WITHOUT FEAR OR FAVOUR". Apakah BPR sekarang ini akan lebih bersih atau sama sahaja menutup kes kes kecurangan perlakuan menteri?

 

Komentar