LAPURAN PERHUBUNGAN NEGERI SERAWAK TELAH DIEMAIL KEPADA KOMENTAR

Komentar 27/1/2000

Komentar telah menerima e-mail yang paling panjang sepanjang laman ini dibuka. Email tersebut dilapurkan memberi keterangan akan permainan keji beberapa ahli keadilan yang memasuk unsur-unsur fitnah dan tohmahan dalam mereka mengejar tempat di Serawak. Email yang bertajuk "LAPURAN KHAS KETUA PERHUBUNGAN NEGERI SERAWAK tersebut mengariskan plot-plot jahat mereka mahu menggulingkan Ketua Perhubungan Negeri Serawak untuk diganti dengan Ketua baru. Unsur dan justifikasi langsung tidak beri kepada beliau. Ketua Perhubungan Negeri tersebut turut tidak dimaklumkan dan campurtangan Annuar Tahir akan lebih meruncingkan keadaan kerana Ketua Perhubungan Negeri Serawak sendiri tidak mengetahui sehingga terpapar dalam surat kabar. Inikah dia sistem yang ada dalam keADILan. Di maklumkan kepada Komentar teknik yang digunakan oleh mereka adalah menyebarkan fitnah,tohmahan dan mengunakkan unsur-unsur keji dalam menjatuhkan sesaorang dalam parti. Lapuran ini diemail kepada kami dengan nama-nama mereka yang terlibat dalam menyebar fitnah dan tohmahan. Nama-nama mereka akan Komentar simpan dalam rekod Komentar. Apa yang dapat diulas oleh Komentar ialah manipulasi politik kotor telah berleluasa didalam Parti Keadilan Nasional. Komentar simpati kepada Datin Presiden kerana beliau seolah-olah terpenjara dikelilingi oleh mereka yang dari pelbagai aliran politik yang rata-rata amat kotor. Politikus-politikus yang ada inilah yang merosakkan matlamat perjuangan kita. Datin Presiden memang telah mengakui bahawa beliau menjadi "politician by accident". Sesungguhnya bagi Datin Presiden ada beberapa perkara yang boleh dijadikan ikhtibar dalam beliau menjawat jawatan sebagai presiden. Perkara-perkara yang boleh diambil ikhtibar adalah :

1. Terhumbannya Sdr Anwar Ibrahim adalah kerana fitnah dan tohmahan. Datin perlu menolak fitnah dan tohmahan dan segere berjumpa dengan mereka yang difitnah tersebut bagi mengetahui perkara sebenarnya.

2. Sdr Anwar sedar bahawa kawan-kawan beliau dalam politik banyak yang berpura-pura tanpa mahu berkorban apabila beliau disepit oleh kesukaran.Oleh yang demikian Datin Presiden harus sedar tentang pengorbanan beberapa kepimpinan yang telah melalui kezaliman dan penderitaan akibat dihumban dalam ISA dan penjara. Mereka berkorban kerana Anwar dan ada antara mereka yang kini dizalimi oleh parti. Apakah Datin tidak melihat perkara ini. Apakah Datin akan membiarkan mereka bukan sahaja disiksa oleh Kerajaan tetapi di sepak dan diterajang oleh parti. Datin Presiden harus melihat apa yang telah mereka laksanakan demi memperjuangkan laungan reformasi Anwar Ibrahim. Datin Presiden harus sedar kerana perkara ini dan jangan hanya bertindak atas nasihat mereka yang pandai menanipulasi dirinya.

3. Datin Presiden harus mengambil ikhtibar bahawa keadilan dan reformasi adalah agenda kita. MPT yang bersiap sedia untuk pemilihan sedar mereka perlu menyebarkan pengaruh dan aktiviti ini telah banyak memusnahkan parti.

4. Jangan berkompromi sekiranya ada isu yang melibatkan keadilan. Keadilan harus dilaksanakan dan sebarang tindakan mereka yang berkompromi dengan keadilan untuk agenda tersendiri harus diketepikan.

Banyak perkara yang dilaksanakan oleh beberapa ahli MPT yang bukan sahaja tidak menampakkan keadilan tetapi nyata zalim dan keji.

Maaf kerana peradaban KOMENTAR tegas menyuarakan isu-isu ini. Ianya adalah untuk kepentingan perjuangan dan bukan kepentingan beberapa MPT

KOMENTAR