LAMBAIAN TANGAN PEMUDA

Harapan perjuangan sekarang terletak kepada Pemuda. Pemuda harus bertindak mengekalkan kesinambungan perjuangan dan mengelakkan dari terus mengamalkan politik berlebihan. Pilihanraya 1999 jelas menunjukkan bahawa terdapat antara pemimpin keADILan yang cuba membawa budaya UMNO, bermain politik berlebihan tanpa meletakkan perjuangan sebagai agenda utama.Ketua Pemuda keADILan MESTI memainkan peranan dalam mengembalikan parti kepada landasan awalan yakni memperjuangkan keadilan dan membebaskan Sdr Anwar Ibrahim. Bagi yang telah melalui pilihanraya baru-baru ini PASTI akan berdepan dengan beberapa kepimpinan parti biar diperingkat negeri ataupun bahagian yang sudah mula menunjukkan sikap mereka yang mengutamakan jawatan dari perjuangan. Mereka menumpukan diri kepada "politik individualistik" dan menolak perjuangan sebenarnya. Kekecewaan jelas kelihatan bagi golongan reformis yang menyaksikan kekotoran politik mula merebak dalam keadilan. Sikap aggresif sesetengah pemimpin terus tumpul dan perjuangan sebenar keadilan disepak ketepi demi kejayaan politik mereka. Melihat kepada "mood rakyat" maka mereka beranggapan permainan mereka akan dapat memberi tempat yang selesa sekiranya keADILan menang. Sdr Ezam selaku orang kanan Sdr Anwar Ibrahim pasti melihat keadaan yang tidak selesa ini. Beliau pasti nampak antara mereka yang mengamalkan "politik bertangga" yakni menonjolkan diri demi untuk kerjaya politik sahaja tanpa berusaha menjana kemenangan. Mereka ini harus dikenalpasti dan dibersihkan dalam keADILan.Kehadiran mereka akan wujud semula dan kehadiran mereka akan menghancurkan parti. Sdr Ezam perlu bangkit dan menolak mereka ini DEMI MENJANA KEJAYAAN keADILan. Biarlah keadilan itu wujud dalam keADILan.