PERBICARAAN ANWAR IBRAHIM MASUK PUSINGAN AKHIR

Kita telah mendengar berita berita tetang pengulungan kes Sdr Anwar Ibrahim. Kita dalam meneliti kes perbicaraan tersebut sedar betapa jelas hujah hujah peguambela Sdr Anwar Ibrahim yang masih berusaha menunjukkan bahawa konspirasi politik menelan Jabatan Polis kita sehinggakan maruah Jabatan ini tidak ubah sama dengan nilai saham saham Malaysia yang semakin deras menurun. Peguam Negara berusaha keras berhujah tapi tidak perlu seorang itu menjadi cendikiawan untuk menganalisa betapa rapuhnya hujah mereka. Desa desus Anwar Ibrahim akan didapati bersalah telah mula tersebar luas. Anwar Ibrahim sendiri berkeyakinan bahawa konspirasi politik ini akan menyebabkan beliau terpenjara. Ada mereka yang telah memulakan anggaran jangkamasa penjara Anwar Ibrahim akan mencecah sehingga 4 tahun dan ada yang mengatakan 2 tahun. Walau apa pun Anwar bagi mereka akan didapati bersalah dan akan dipenjara. Dengan hakikat ini maka kes perbicaraan Anwar tidak lain hanyalah sebagai satu sendiwara politik yang bukan sahaja menjejaskan imej negara malah meruntuhkan kedaulatan undang undang dan menghukum sistem keadilan kita. Jesteru itu perjuangan reformasi kita perlu diperhebatkan lagi. Seperti mana yang telah disebut terdahulu hanya mahkamah rakyat sahaja yang dapat menentukan samada sistem keadilan kita dapat dipulihkan atau tidak. Harus kita segarakan kempen menolak pemerintah sekarang ini dan berusaha untuk mengatakan kerjaaan alternatif baru.Kita tidak perlu keputusan mahkamah , kita tentukan Anwar dibebaskan.