Make your own free website on Tripod.com
 
CETUSAN RASA PENYOKONG ANWAR IBRAHIM
 
 

Kesungguhan Lim  bukan membela diri tetapi seolah olah mahu menunjukkan yang Sdr Anwar  memang   bersalah.  Kenapa?  Apa  kepentingan  buat  dia. Yang  paling  menghairankan, dengan   kehadiran   pakar  pakar   yang   jauh   lebih   berpengalaman  darinya   beliau   masih   mahu mempertegakkan bahawa apa yang dilapurkannya tepat dan tidak boleh dipersoalkan.Beliau sesungguh mahu membuktikan Anwar bersalah.  Sebagai  seorang profesional   beliau  sepatutnya  bertindak bagi memberitahu   mahkamah   tentang   ujian  DNA  cara  ujian  DNA  dan  hasil  ujian  tersebut.  Beliau seharusnya   menerangkan   kebarangkalian   ketepatan   ujian   tersebut dan memberitahu secara jujur apakah cara cara lain ujian boleh dilaksanakan. Tetapi dalam kes Lim ini beliau mahu bertindak sebagai penuduh  dan   nampak   berpihak   kepada   Peguam   Negara.  Hairan,  kalau  doktor pakar biasa pun selalunya memberitahu pesakit   kemungkinan   penyakit  yang  dihadapi oleh pesakit tersebut dan tidak pernah menolak kemungkinan dignosisnya tersilap dan pada keselaluannya meminta rujukan dari pakar lain tetapi Lim ini tidak, habis habisan mengatakan bahawa ujiannya tepat.

Dengan   kehadiran   pakar pakar  luar negara  barulah  nampak  bahawa  kesungguhan  Lim memberi kesimpulan ujian adalah untuk memusnahkan Sdr Anwar Ibrahim, arahan siapa? Ujian nya nyata boleh dipersoalkan  menurut   peguam  peguam   Anwar   Ibrahim.   Kelakarkan   apabila  Lim  memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak setuju sekiranya beliau dikatakan tidak pakar didepan pakar pakar yang telah memperolehi Phd dalam bidang tersebut. Lim kalau tidak pakar jangan mengaku pakar. Berdepan dengan kamu adalah mereka   yang   benar benar   pakar   dan kamu cuma Masters sahaja.Siapa yang bayar kamu ini....siapa.......?

Dah dari awal perkara ini satu konspirasi maka takkan tilam boleh menghilangkan wasangka kami yang ini  satu   penipuan  dan  satu  plot  jahat Dr Mahathir. Tidak payah Dr Mahathir resign Menteri Dalam Negeri kerana kamu akan senantiasa membayangi Pak Lah.

Walauapa  pun  kami  nak  beri sedikit nasihat  pada   Aziz Shamsuddin  dan  Datuk Megat Junid, awas kerana  Dr Mahathir  silap silap   memakan   you all.   IGP   dah   nak   kena   dan  sedikit  masa  nanti kemungkinan  lagi  teruk  IGP  dilibatkan  dalam  konspirasi.  Nanti  kami  email  kepada  komentar apa yang kami rasa akan berlaku pada anggota konspirasi lain. Haruan makan anak......... tak mustahilkan?

Cetusan Rasa para Penyokong Anwar Ibrahim