TERIMA KASIH LOKMAN NOOR ADAM

(sekiranya benar reformis ini menandatangani "guess book Komentar"

Komentar 3/2/2000

Sedang Komentar terus membelek laman Komentar ini , Komentar terbaca satu komen yang hadir dalam "guessbook Komentar" yang datangnya dari seorang reformis yang berani dan kental yakni Lokman Noor Adam,Pemuda keADILan Johor yang turut dimaklumkan didalam paper The Star pada keluaran Ogos atau Sept yang beliau juga turut tercantas dari keADILan akibat manipulasi politik. Walauapapun kedudukannya diselamatkan oleh Sdr Ezam Mohd Noor dan pada masa yang sama Chandra mencalonkan beliau untuk menentang Hishammuddin Tun Hussein pada pilihanraya lepas. Komentar pernah beberapa berdiskusi dengan Sdr Lokman Noor Adam semasa pergerakkan reformasi dituntut dijalanraya. Dalam usia muda ini beliau sudah bangkit mempersoalkan tentang keadilan. Keberanian beliau secara ikhlas dihargai oleh Komentar . Walauapapun Sdr Lokman Noor Adam telah menasihatkan Komentar agar tidak menjejas kestabilan parti. Beliau berpendapat kritikan membina dialu-alukan tetapi jangan sampai menjejaskan parti. Komentar dengan rendah diri ingin menegaskan bahawa bukan hasrat Komentar untuk menganggu-gugat kestabilan parti. Komentar berhasrat membersihkan Parti agar jalan menuju kepada pilihanraya kelak lebih mantap. Parti hanyalah satu platform dan cita-cita kita adalah untuk menuntut keadilan. Kita menentang UMNO dan Barisan Nasional kerana kepimpinan mereka yang korup dan bertuankan kronisma dan nepotisma malangnya mereka menuduh kita cuba menghancurkan kestabilan negera. Komentar berusaha membersihkan Parti Keadilan Nasional dari perbuatan sumbang beberapa kepimpinan agar kestabilan parti terus menerus dapat dijana untuk menuju ke arah kejayaan sehingga terbebasnya Sdr Anwar Ibrahim.Bukan menghancurkan kestabilan parti yang menjadi cita-cita Komentar. Kita berpegang pada satu tekad yakni menuntut keadilan tetapi jangan sampai berparti melebihi perjuangan menuntut keadilan. Komentar yakin Sdr Lokman lebih arif dalam pergolakkan parti. Komentar percaya Sdr Lokman pasti tahu beberapa perkara yang lebih jijik dilaksanakan oleh beberapa kepimpinan parti. Komentar tidak mahu mengambil sikap berdiam hanya kerana mahu bertuankan beberapa MPT. Walauapapun Komentar masih belum lagi mahu mengutarakan petikan-petikan keadaan yang lebih busuk untuk dipamerkan dalam laman ini tetapi mempamerkannya bukan satu perkara yang mustahil sekiranya keadaan benar-benar meruncing. Sungguhpun suara Komentar lantang, ada juga artikel yang Komentar terima lebih dahsyat dari yang ada sekarang tetapi masih belum dipamerkan. Percayalah aktikel tersebut kalau tidak disertakan bukti ia disertakan oleh mereka yang telah memberi kelulusan untuk nama mereka dipertengahkan demi menjaga keutuhan parti dan bebas dari mereka yang mula mengamalkan politik murahan. Mahukan Sdr satu kerajaan baru yang lebih buruk dari kerajaan sekarang. Mahukan Sdr sekiranya Sdr Anwar bebas kelak maka beliau pula jadi mangsa kepimpinan keADILan yang mahukan dan laparkan kuasa. Sekiranya ia berlaku maka reformasi kita bukan satu pembangunan malah mengambil satu langkah kebelangkang menghampiri kemunduran.

Komentar sedar Komentar sedang berhadapan dengan salah seorang reformis yang masih belum tentu dapat diselamatkan dari "death certificate" baik Anuar Tahir,Chandra Muzzaffar,Marina Yussoff dan kemungkinan Zainur Zakaria sekali. Walauapapun tuntutan keadilan perlu sempurna dan tidak hadir semata-mata dibibir beberapa kepimpinan sahaja tetapi dihati jauh sekali. Sdr Lokman Noor Adam dalam ketegasan Sdr dijalanan dan berparti nyatakan dengan ikhlas keadaan parti sekarang ini. Sdr adalah antara beberapa orang reformis yang masih tinggal dalam parti. Yang lain kemana sdr ? Bukankah yang lain telah dianugerahkan dengan "death certificate". Bukankah Sdr juga telah mengalami keadaan yang serupa? Berparti berparti juga tetapi kalau kita sedar kesalahan dan kemungkaran dalam parti tetapi cuma berdiam atau mengiakan sahaja maka kita tidak lebih tidak kurang sama dengan Ketua Pemuda UMNO. Sdr Lokman, Komentar amat prihatin perjuangan mereka dijalanan. Kekecewaan mereka,masalah risiko mereka, keluarga mereka dan tekanan-tekanan yang menyebabkan mereka tercampak dari kerja tetapi cekal menuntut keadilan. Komentar prihatin dan Komentar lebih terseksa sekiranya mereka-mereka ini pula ditekan dan diseksa perjuangannya oleh beberapa kepimpinan parti. Itu tidak boleh didiamkan. Sebelum kita kehilangan semangat juang Komentar percaya dengan kelantangan ini perubahan dapat tercapai. Andainya tidak maka Komentar akan terus membongkar agar RAKYAT MENJADI HAKIM KITA.

AKHIRKATA PERJUANGAN MENUNTUT KEADILAN ADALAH AGENDA UTAMA. KEADILAN TIDAK BOLEH DIKOMPROMI.

SALAM REFORMASI

KOMENTAR