TAHNIAH IBRAHIM ALI

 

Tahniah Ibrahim Ali kerana berjaya merebut jawatan "pembodek" No 1 mengantikan Tok Mat. Kehadiran dan peranan Ibrahim Ali berjaya menempatkan beliau dalam Barisan Kabinet yang tidak tahu berapa lama dapat bertahan. Ibrahim Ali patut mengambil ikhtibar bahawa sikap dan politik murahan beliau akan juga menjadi tandus dan tercampak seperti mana menteri menteri yang telah terkeluar dari senario Mahathir. Ibrahim Ali perlu berhati hati. Setelah sekian lama Ibrahim Ali melompat satu hari akan terperangkap juga dan sewaktu itu tidak ada sesiapa yang boleh diharapkan membantu. Penerimaan corak politik Ibrahim Ali yang BUKAN dengan keikhlasan dan kejujuran. Tindakan ini memang jelas dan telah diketahui umum. Mana agaknya belaiu akan melompat setelah kekalahan pilihanraya ini nanti. Melompat masuk PAS? Melompat masuk PKN?. Melompat masuk PRM? Tapi jelas lompatannya yang teakhir akan memusnahkan beliau kerana ruang lompatan sudah sempit malah tertutup kepada beliau. Ibrahim Ali .....Tahniah dari Komentar