KOMENTAR

8hb Feb 1999

 

LONDON, Mahathir asyik dengan irama dan lagu yang sama apabila disoal kenapa beliau tidak meletakkan jawatannya dalam satu perjumpaan bersama pelajar Malaysia disana. STAR melapurkan bahawa beliau mengatakan bahawa memang beliau berhajat untuk melepaskan jawatan beliau tahun lalu.Bukankah ini satu irama dan lagu yang sama. Dr Mahathir tidak mungkin dapat menjawab soalan soalan yang berhubungkait dengan tidakkan ketidakadilannya keatas Sdr Anwar Ibrahim. Malah semua anggota majlis tertinggi gagal setakat ini untuk menerangkan kepada ahli UMNO kenapa mereka memutuskan untuk menolak Sdr Anwar Ibrahim sedangkan fakta yang mereka ada hanyalah satu tuduhan yang tidak berasas.

 

KOMENTAR MENCABAR MEREKA YANG MASIH LAGI BERANGGAPAN YANG LANGKAH DR MAHATHIR MELUCUTKAN JAWATAN SDR ANWAR IBRAHIM ADALAH TEPAT DAN BERSESUAIAN DENGAN PRINSIP KEADILAN.KOMENTAR MENCABAR MEREKA SEKARANG JUGA.

 

Selama kes ini berjalan dari mula sehingga sekarang tidak terdapat penjelasan yang tepat oleh pucuk pimpinan UMNO. Apakah ahli UMNO tidak berhak tahu kenapa tindakan membuta diambil oleh mereka sedangkan yang menuduh adalah seorang wanita yang tidak mempunyai bukti kukuh atas tuduhan mereka. Kenapakah wanita tersebut tidak ditahan dan dipenjarakan atas tohmahannya?

 

Implikasi dari tindakan bodoh mereka adalah pemecahan perpaduan UMNO, dan jangan sekali kali menuduh bahawa tindakan pendokong reformasi telah melumpuhkan ekonomi negara atau perpaduan negara kerana perbalahan ini adalah berpunca dari kamu yang konon memimpin tetapi sebenarnya adalah hamba pada Dr M dan kumpulan konspirasi mereka.

 

KOMENTAR