Make your own free website on Tripod.com

BILA PEMIMPIN BERSIKAP KURANG AJAR PADA RAKYAT

21 MARCH 2000

Menteri Besar Pahang telah memulakan satu budaya kurang ajar di Pahang. Menunjukkan aksi lucah kepada rakyat hanya melambangkan sikap kepimpinan yang rendah martabat dan terkeluar dari budaya Melayu itu sendiri. Melayu tidak pernah diajar menunjukkan isyarat lucah. Melayu tidak diajar bersikap sedemikian. Islam sendiri tidak menuntut perkara-perkara tersebut dibuat apatah lagi datang dari kepimpinan. Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob TIDAK LAYAK diberi tempat dalam kepimpinan Barisan Nasional. Rakyat patut menolak beliau, UMNO Pahang seharusnya memulakan langkah menolak beliau dari kepimpinan Pahang atas sikap dan perangai buruk beliau. Tindakan ini MEMALUKAN. Tindakan ini AMAT LUCAH dipandang. Malaysia dimalukan oleh ADNAN YAAKOB. Barisan Nasional kini nampak cacat dan kecacatan ini amat terserlah. Gambar yang diambil dari Laman Mahazalim ini membuktikan satu perkara, ADANAN YAAKOB harus disingkir oleh rakyat. Menteri Besar berkelakuan tidak senonoh hanya membenarkan bahawa BARISAN NASIONAL khususnya UMNO BUKAN LAGI WADAH PERJUANGAN MELAYU. UMNO bukan berlandaskan konsep Melayu. Budaya UMNO budaya yang menolak pembangunan UMMAH dan ROHANIAH. Taksub kepada pembangunan material, hilang pegangan murni kemelayuan dan keagamaan menyebabkan UMNO satu parti sampah yang penuh kekotoran dan ini perlu dibersihkan. Apakah Timbalan Perdana Menteri TIDAK MALU kepada anggota kepimpinannya yang rendah akhlak serta biadap pada rakyat jelata. Apakah Dr Mahathir akur kepada perbuatan Adnan Yaakob ini ? Apakah ini semua budaya baru yang diajar oleh UMNO? Tindakan ini amat memalukan kita sebagai rakyat Malaysia dan sebagai masyarakat yang berbudayakan kemelayuan dan beragamakan Islam sebagai pegangan hidup. Gambar ini jelas membuktikan keburukkan kepimpinan kita. Rakyat Pahang DIGESA MENOLAK MELAYU yang berperangai seperti ini. Ini BUKAN PEMIMPIN. Ini adalah mereka yang tercemar, saluti kekotoran.  

 INILAH DIA PEMIMPIN BARISAN NASIONAL/UMNO