Make your own free website on Tripod.com


TERIMA KASIH MAHASISWA NEGARA


Boikot Akbar!!
 
 
     TUNJUKKAN BANTAHAN KITA
 
 
   Demi mengembalikan semula kewibawaan media massa negara yang sepatutnya
    menyalurkan maklumat yang benar dan saksama, maka kami mahasiswa yang
    perihatin menyeru supaya seluruh rakyat Malaysia tidak membeli akhbar Utusan
  Malaysia dan Berita Harian pada 1 dan 2 hb Oktober 1998  sebagai bantahan awal
   terhadap media massa.
 
  Kami mahasiswa perihatin percaya akhbar-akhbar tersebut telah dipergunakan oleh
  pihak-pihak tertentu untuk menyalurkan maklumat tidak adil yang boleh menjejaskan
            keharmonian politik negara.
 
       Kami mahasiswa perihatin yakin sekiranya akhbar berfungsi secara adil,
 peristiwa-peristiwa yang mencerminkan kegawatan politik hari ini tidak akan terjadi
pada negara tercinta.
 
  Demi keadilan untuk semua, kami sekali lagi menyeru seluruh rakyat menggunakan
kuasa pengguna mereka memberi satu tamparan awal kepada pihak-pihak media yang
 berkenaan supaya memulihkan semula peranan mereka sebagai penyampai maklumat
                yang benar dan saksama kepada rakyat Malaysia.
 
  Selamat Menabung Duit Anda.
  Cetak dan Sebarkan Maklumat Ini.