Make your own free website on Tripod.com

MALIK HUSSIN DAN LAPURAN POLISNYA TERDAPAT PERBUATAN RASUAH DR MAHATHIR

 

Komentar

15hb Mei 1999

 

Keberanian dan semangat juang merupakan kekuatan Sdr Malik Hussin untuk bangkit menyuarakan ketidakadilan yang kini menjadi satu wabak dan merupakan bencana yang melanda negara kita ini. Malik muncul diawal senario pemecatan Sdr Anwar Ibrahim dan setakat ini tidak nampak kesan-kesan yang menunjukkan semangatnya luntur mahupun takut setelah dibelasah dan dipenjarakan dalam usaha beliau membela Sdr Anwar Ibrahim. Beliau dan Sdr Tian telah menunjukkan satu keberanian yang selama ini hanya wujud dalam lipatan sejarah Malaysia sewaktu dijajah dahulu. Sdr Malik pada 15hb Mei 1999 bangkit lagi membuat aduan polis yang menyarankan bahawa terdapat unsur-unsur rasuah dan penyalahan guna kuasa oleh Dr Mahathir Mohamed. Sdr Malik menggesa agar polis mengambil tindakan dalam menyiasat aduan beliau. Aduan Sdr Malik adalah sebenarnya aduan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia telah digemparkan dengan kekayaan yang dihimpun oleh anak-anak Dr Mahathir serta anak-anak menteri kabinet lain khususnya Dr Lee Leong Sik. Sdr Malik semasa membuat kenyataan akhbar di Masjid Kampung Baru turut mendedahkan perbelajaan kahwin anak Samy Vellu yang memakan belanja hampir 1 juta ringgit. Kekayaan dan kemewahan adalah budaya kepimpinan UMNO. Wang merupakan matlamat bagi mereka untuk terus memimpin. Budaya ini adalah UMNO dan budaya ini juga merosakkan imej dan kesusilaan perjuangan parti itu. Komentar menyokong usaha Sdr Malik dan anggota reformis yang lain dalam usaha mengembalikkan keadilan dalam negara kita ini.

 

Komentar