MAHLIGAI PERDANA MENTERI TETAP DITERUSKAN

 

Dato Ibrahim Ali , memberitahu bahawa mahligai Perdana Menteri akan tetap diteruskan walaupun kita dalam kegawatan ekonomi. Sokongan beliau dan rakan menteri lain keatas projek tersebut walaupun mendapat bantahan rakyat jelas menunjukkan bahawa kerajaan tidak langsung memperdulikan teguran atau bangkang rakyat. Apa yang penting bagi kerajaan adalah kehendak Dr Mahahtir diteruskan. Bayangkan lah wang yang berjuta juta itu dibelanjakan untuk kemewahan dan bukan untuk menyempurnakan kehendak rakyat.

 

KOMENTAR

Mungkin projek pembinaan tersebut telah diberi kepada kroni mereka. Mereka teruskan juga projek tersebut walau negara dilanda krisis ekonomi. Ini jelas menunjukkan bahawa mereka tidak mementingkan suara rakyat. Inikah dia kerajaan yang prihatin kepada rakyat. Apa kata wang yang berjuta juta itu digunakan untuk menyara ekonomi kita yang semakin meruncing. Ibrahim Ali suka hati kamu la, masa akan tiba kamu akan kecundang dipintu UMNO. INGAT IBRAHIM ALI ADALAH ANTARA PEMIMPIN YANG TIDAK MEMPUNYAI KEPERIBADIAN KUKUH. BELIAU TIDAK LAYAK MEMIMPIN.