TAHNIAH PEGUAM PEGUAM ANWAR IBRAHIM

 

Walaupun Azizan telah mula memecahkan sedikit demi sedikit keadaan sebenarnya, dan semua mereka yang dari dahulu meragui Anwar Ibrahim terkejut dengan pergolakkan tersebut tapi hakikatnya Dr Mahathir masih disinggahsana yang bukan miliknya lagi dan masih mampu menimbulkan rancangan rancangan baru yang jahat bagi menyelamatkan diri dan kroni mereka.

 Azizan hari ini 7 Disember 1998 mengemukakan keterangan yang antara lain menyebut secara langsung bahawa saudara Anwar Ibrahim tidak pernah meliwatnya. Kenyataan yang tidak asing bagi kami yang menaruh 100% kepercayaan atas kebenaran Sdr Anwar Ibrahim. Maka hari ini Dr Mahathir dan kroni kroni nya mula tersentak, terkejut dan mula membanyangkan kejatuhan mereka. Datuk Seri Najib, Datuk Ahmad Badawi, Ibrahim Ali (yang kami tentang 150%), Tun Daim, Megat Junid, Rafidah Aziz (pendokong kepalsuan), Mohamed Rahmat,

Suleiman Mohamed (penabur fitnah) dan kroni kroni mereka akan mula berbincang dan kali ini semestinya mahu mencari jalan baru bagaimana hendak memulakan tuduhan lain seperti yang disebut oleh Peguam Negara kita yang kurang berwibawa.

 Maka Majlis Tertinggi UMNO mula resah. Sanusi Junid mula membanyangkan hidupnya sebagai sampah masyarakat, ditolak oleh rakyat dan dicemuh. Sabaruddin Chik akan mula mencari dalih bagaimana untuk memulakan langkah berjinak jinak dengan pendokong Anwar. Malangnya Sabaruddin dan mereka yang telalu buta untuk melihat keadilan ini dirompak dan dinoda oleh Dr Mahathir.

 Perjuangan kita belum tamat lagi. Kepala mereka pasti ligat memikirkan kejahatan kejahatan dan teknik baru untuk menghapuskan Anwar. Kemungkinan Azizan akan mula bertindak mengatakan bahawa beliau telah diugut. Memandangkan mahkamah sendiri kita ragui maka teknik Mahathir tentu ada sekiranya ada saksi mereka yang akan rebah diMahkamah.

 Mereka semestinya ada "back up plan" yang lebih ganas dan lebih kejam dari ini.

 Walau apa pun kita menyaksikan bahawa hampir kesemua saksi yang dibawa oleh Dr Mahathir dan kuncunya AG dan IGP tidak mempunyai kredibiliti yang tinggi dan diragui keterangannya.

 Apakah BACK UP PLAN DR MAHATHIR ? Banyak tengah difikirkan beliau. Siapakah akan dicemuh dan dizalimi beliau untuk mengangkat kembali beliau ke persada kepimpinan. Siapa akan beliau salahkan selepas ini. Mungkinkah Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Azizan, Ummi Halfida (bakal ke Sg Buluh), Megat Junid, Tun Daim (tidak mungkin) atau Political Secretary beliau sendiri.

 Mesti Dr Mahathir mula mengorat langkah bagi menyelamatkan keluarga dan kroninya. Walau apa pu kebenaran tetap kebenaran dan ia akan menjelma jua.

 Setakat ini harap harap mereka yang menyokong secara membuta tuli tersebut akan sedar tentang kebodohan mereka dan bersedia untuk di timbang cara atas perbuatan mereka.

REFORMASI AKAN BERJAYA