MALANG NASIB MU WAHAI KEADILAN

Komentar 17/1/2000

Komentar dikejutkan dengan satu penemuan yang bukan sahaja mengemparkan kedudukan ahli-ahli dalam keADILan malah menguatkan hujah-hujah Komentar bahawa Parti Keadilan Nasional sudah ditahap kritikal dalam pergolakkannya hasil permainan beberapa kepimpinan yang masih membawa budaya lama dalam perjuangan baru ini.

Dokumen ini telah diterima oleh Komentar walaupun si pemberi tersebut tidak tahu bahawa penerima tersebut adalah Web Master laman ini.

Antara yang jelas adalah pertuduhan mereka keatas kelemahan Zainur Zakaria selaku Ketua Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan yang menjadi punca kepada kucar-kacir hampir kebanyakkan Bahagian di Kuala Lumpur.Di maklumkan kepada kami bahawa Sdr Zainur Zakaria merupakan punca utama pergeseran dalam Wilayah Persekutuan dan telah juga melibatkan diri dalam usaha mengenepikan mereka yang berjawatan tetapi masih bergelar "REFORMIS". Dimaklumkan kepada kami bahawa tindakan Zainur Zakaria di dalangi oleh Ketua Pemuda Keadilan Kuala Lumpur Sdr Onn Abu Bakar dan Setiausaha Perhubungan Negeri Sdr Suhaimi bin Mohd Salleh. Tindakan tidak telus mereka telah mula tersebar luas sehinggakan kami dibekalkan dengan satu dokumen penolakkan mereka oleh hampir 7 bahagian dalam Kuala Lumpur. Walaubagaimana pun difahamkan bahawa penggunaan kuasa mutlak (atau dalam bahasa kesatnya diktaktor) dan penggunaan politik murahan digunakan bagi menekan dan seterusnya menyingkir mana-mana bahagian yang tidak mengikuti agenda mereka. Ini amat menyedihkan memandangkan usaha kita adalah bagi pembebasan Sdr Anwar Ibrahim dan permainan politik murahan ini akan mengagalkan usaha kita bagi membebaskan Bapa Reformasi Malaysia dari terus dibelenggu kezaliman.

Komentar terus dibekalkan dengan minit-minit mesyuarat beberapa bahagian serta dokumen penentangan bahagian atas keputusan tidak rasional yang dibuat oleh Ketua Perhubungan Negeri yang jelas amat menyedihkan dan menyakitkan perjuangan ini. Dalam satu lapuran yang diterima permainan politik murahan ini telah membabitkan sehingga kepada Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional yang telah mengesahkan pengulingan beberapa Ketua Bahagian Kuala Lumpur atas agenda tersendiri. Dari apa yang difahamkan Timbalan Ketua Perhubungan Negeri sendiri yakni Sdr Mustafa bin Mansor telah tercampak hasil dari keputusan tidak berwibawa Sdr Zainur Zakaria. Apabila ditanya kenapa Sdr Mustafa Mansor tidak bertindak aggresif dalam membantah perkara tersebut, Komentar difahamkan oleh pemberi maklumat tersebut bahawa soalan tersebut juga diajukan oleh beliau kepada Sdr Mustafa Mansor dan dijelaskan kepada beliau bahawa satu notis bantahan telah di ajukan tetapi tidak diendahkan oleh Ketua Perhubungan Negeri dan sekiranya tindakan lebih aggresif dibuat maka beliau khuatir nasib Sdr Anwar Ibrahim tidak terbela memandangkan pilihanraya akan diadakan. Perlu dimaklumkan bagi tidak mendiskriminasi mana-mana pihak KOMENTAR MENEGASKAN bahawa sumber ini tidak diperolehi dari bekas Timbalan Ketua Perhubungan Negeri tersebut tetapi diterima dari pemberi dokumen tersebut. Minit minit Mesyuarat beberapa bahagian serta dokumen mengesahkan pergolakkan hebat Kuala Lumpur adalah dalam pegangan Web Master dan adalah disaran kepada kami untuk disimpan sekiranya ada keperluan untuknya kelak.

Kesedihan juga wujud dalam hati Komentar melihat satu set dokumen lagi yang menyatakan bahawa seorang "Reformis" dan selaku mereka yang berusaha membebaskan Sdr Anwar Ibrahim dan juga telah dikenakan Tahanan ISA selama hampir 2 bulan yakni Sdr Fadhil Bakar turut tersingkir dengan politik murahan yang dilaksanakan oleh Setiausaha Perhubungan Negeri Kuala Lumpur serta di sahkan oleh, Ketua Perhubungan Negeri Kuala Lumpur. Yang paling jelas adalah beberapa MPT seperti Ng Lum Yong dan Annuar Tahir tahu tetapi seolah-olah tidak mahu memberi keadilan kepada Reformis tersebut. Percayalah masalah dalaman parti ini akan meragut kejayaan perjuangan dari kita. Sedarkah mereka bahawa politik berlebihan dan membiarkan mereka membuat keputusan yang tidak wajar serta tidak bertanggung jawab akan memenjarakan keadilan. Dengan perbuatan ini bukan sahaja Anwar Ibrahim terpenjara malah keadilan itu sendiri akan turut terpenjara dan ternoda.

Komentar juga difahamkan bahawa pergolakkan lebih hebat yang mampu membuat perpecahan dikalangan ahli keadilan di seluruh Malaysia dijangka berlaku.

Difahamkan bahawa bagi Kuala Lumpur perpecahan ini diperingkat yang amat kritikal dan jalan penyelesaian tersebut tidak mungkin dikecapi.

Allahwa'alam

KOMENTAR