Make your own free website on Tripod.com

MALEK HUSSEIN

BUKAN KERANA NAMA 

KOMENTAR 27/4/99

 

 Awal pergerakkannya beliau dicurigai khususnya dikalangan pendokong PAS. Seingat kami GERAK-NET memaparkan pelbagai kritikan tentang penglibatan Malek Hussien. Pendokong PAS mula mendakwa bahawa perjuangan Malek hanya untuk nama. Ada yang mula mengeluarkan kenyataan yang memburukkan beliau dengan kenyataan salah laku peribadi beliau. Apabila Laman Komentar pada seawal bulan Oktober telah mengeluarkan kenyataan mendokong perjuangan dan penglibatan Sdr Malek, maka kami dikecap dan mula dilebel sebagai Laman Malek. Sehingga kini pergorbanan beliau masih dikaburi oleh mereka yang masih tidak yakin akan komitment Sdr Malek terhadap REFORMASI.

Sdr Malek semenjak awal minit pertama pemecatan Sdr Anwar telah memulakan gerakan yang terang terang menyokong Sdr Anwar dan laungan REFORMASI nya.

Penangkapan keatas diri beliau bukan penghalang bagi meneruskan perjuangan beliau untuk menegakkan keadilan yang kian lama kian nampak pudar dinegara kita ini. Malek masih berdiri biar calar mukanya, biar ratusan desakan rotan yang menghinggapi badan nya, biar meleleh berdarah tubuhnya dan kekecewaan yang dirasinya namun ini disatukan menjadi semangat kental bagi Sdr Malek untuk terus berjuang. Kalau Sdr Tian Chua dari Suaram telah diberi penghormatan maka Sdr Malek sewajarnya diletakkan sebagai wira antara wira lain yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan cita cita REFROMASI tercapai. Sungguh pun Sdr Malek tidak pernah meminta sebarang balasan atas keberanian dan komitmen beliau, kami di KOMENTAR lantas memberi gelaran "PEJUANG KEADILAN" atas jasa dan sumbangan beliau yang pasti membawa keharuman nama suatu hari kelak. Kami dengan penuh rasa kesedaran ,menyanjungi pengorbanan beliau dan sesungguhnya beliau telah menunjukkan bahawa komitment yang padu terhadap perjaungan REFORMASI.

Tidak ada siapa diantara kita yang dapat menyangkal pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh beliau selama ini. Sdr Malek akan kekal sebagai seorang pejuang keadilan yang unggul dalam sejarah Malaysia.

 

KOMENTAR BERDIRI MEMBERI TABIK HORMAT KEPADA SDR MALEK HUSSIN DAN MEMERTABATKAN BELIAU SEBAGAI;

 

PEJUANGAN KEADILAN KELAS TERTINGGI