CHANDRA " KALAU DIA JADI PERDANA MENTERI MAKA DIA LEBIH BURUK DARI MAHATHIR" KATA MARINA YUSSOFF

Komentar 5/2/2000

Dalam satu mesyuarat yang pernah dihadiri oleh beberapa jentera pilihanraya Wangsa Maju Marina di lapurkan berkata " Chandra kalau dia jadi Perdana Menteri dia akan jadi lebih teruk/buruk dari Mahathir". Satu kenyataan yang begitu dahsyat datang dari seorang Naib Predisen. Dilapurkan kepada Komentar bahawa perhubungan genting antara beberapa kepimpinan ini menunjukkan bahawa kenyataan-kenyataan yang mengatakan tiada pergolakkan dalam keADILan adalah satu kenyataan yang tidak benar. KeADILan bergolak. Ia bergolak kerana beberapa kepimpinan sudah mula gila kuasa. Antara mereka sudah ada budaya tohmahan dan fitnah demi kepintingan sendiri. Mereka menyangkakan bahawa datang 2004 keADILan mungkin dapat menguasai kerajaan. Sekiranya tidak tekanan reformis mungkin meyebabkan kejayaan bagi keADILan. Maka dengan itu mendapat tempat yang sesuai akan menjana kejayaan dalam karier politik masing-masing. Itulah yang mesti direbutkan. Itulah sebnarnya penyakit dalam keADILan sendiri. Kenyataan Marina Yussoff ini memang disokong oleh beberapa orang yang hadir dalam berbincangan/mesyuarat tersebut. Apa yang lebih jelas ialah "mengata orang dia sendiri yang lebih". Sebenarnya politik Marina dan Chandra tidak banyak bezanya. Marina dengan sikap buruknya juga meragut Bahagian Wangsa Maju dan mengarahkan leftenan-leftenan beliau yang hanya berjuang dipinggir tangga (style bodek-membodek) untuk menjatuhkan Ketua Bahagian Wangsa Maju. Leftenan-leftenan beliau dilapurkan telah mengemukakan pelbagai fitnah termasuk penggunaan wang, penerimaan wang dari UMNO, agen UMNO dan pelbagai cara lain untuk tujuaan tersebut. Melanggari Bahagian dengan sikap kurang ajar beliau meletakkan beliau ditahap sama atau hampir sama dengan Chandra. Dengan pertolongan Sdr Zainur Zakaria (BAPA KEKECUHAN WILAYAH PERSEKUTUAN) maka agenda beliau hampir terlaksana. Zainur dan Setiausaha Perhubungan Negeri yang takut tempat mereka terancam telah memulakan siri pembohongan untuk mencacatkan Bahagian Wangsa Maju. Perbuatan Zainur menghancurkan Wilayah Persekutuan sepatutnya dicemuh dan dilaknat. Beliau dengan secara terbuka menipu beberapa Ketua Bahagian di Wilayah Persekutuan dan akibat perlaksanaan demokrasi beliau yang sempit beberapa bahagian dalam Wilayah Persekutuan hancur berderai. Kehancuran ini sepatutnya dipikul oleh Zainur Zakaria. Beliau,Marina dan Anuar Tahir sekarang telah mula untuk meruntuhkan satu lagi bahagian dengan teknik keji mereka. Bahagian Wangsa Maju akan terus runtuh. Ketua Bahagian Wangsa Maju yakni Sdr Nasir Hussien (bekas tahanan ISA dan pejuang yang diiktiraf oleh Sdr Anwar Ibrahim) dipancung. Tidak siapa yang dapat membantu kerana semua sibuk menyelamatkan diri masing-masing. Suara Wan Azizah sekarang terpinggir. Mereka tahu jasa Ketua Bahagian Wangsa Maju mulai dari zaman berreformasi hinggalah peranan yang dimainkan untuk penubuhan Parti Keadilan Nasional. Mereka leka dengan mengaturkan politik kotor mereka lalu platform Parti Keadilan Nasional terus rapuh dan retak hasil mainan itu.

 

Komentar

FOKUS WANGSA MAJU AKAN DILAKSANAKAN OLEH KOMENTAR. KOMENTAR SEDANG MENELITI DOKUMEN YANG DIHANTAR DAN AKAN MELAKSANAKAN PENYELIDIKAN TERPERINCI.

KOMENTAR JUGA BERJANJI AKAN MEMBERI MAKLUMAT TERBARU TENTANG KEHANCURAN SERAWAK SERTA KES TERBARU IAITU TERENGGANU DAN PAHANG.