Make your own free website on Tripod.com

 

ANWAR IBRAHIM MASUK PAS

Desas desus Sdr Anwar Ibrahim menyertai PAS mula kedengaran sekarang ini. Pelbagai reaksi yang di terima tentang Sdr Anwar Ibrahim menyertai PAS. Walaupun belum terdapat sumber sumber resmi tetapi kenyataan ini disambut dengan reaksi yang bercampur campur. Kita lihat kegirangan penyokong penyokong PAS terhadap perkara ini. Antara lain justifikasi mereka adalah ini akan menguatkan lagi sokongan rakyat terhadap PAS. Penyatuaan ini akan membawa masuk lebih ramai lagi ahli reformasi untuk menyertai PAS. Laman Doi Moi menyebut bahawa pemecahan undi seperti yang berlaku di Sabah akan berlaku sekiranya Mohamed Ezam menubuhkan pasti baru untuk menyertai kemelut pilihanraya nanti. Forum Gerak Net menerima berita ini sebagai satu kejayaan PAS dalam menghadapi pilihanraya. Turut dimaklumkan bahawa beberapa "key figure" reformasi akan menyertai PAS.

 

WAJARKAH TINDAKAN TERSEBUT

Apakah implikasi kemasukkan Sdr Anwar Ibrahim menjadi ahli PAS sekiranya ini berlaku ?. Perlu dimaklumkan bahawa senario politik Sabah berbeza dengan senario politik Semnanjung Malaysia. Kehadiran Bersekutu di Sabah tanpa koordinasi dengan parti pembangkang yang lain adalah satu kesalahan yang mungkin disengajakan. Walau apa pun satu persoalan timbul, apakah reaksi bekas anggota UMNO dan rakyat yang masih belum menerima PAS, dengan kemasukkan Sdr Anwar Ibrahim sebagai ahli parti tersebut? Apakah tindakan ini akan menghadkan pemilihan rakyat yang tidak cenderung pada PAS? Perlu kita teliti trend pengundi khususnya dikawasan yang tertakluk kepada % pengundi bukan melayu . Apakah PAS diterima dikawasan ini? Kita perlu bersikap optimistik tetapi kita tidak boleh kerterlaluan memikirkan bahawa PAS akan diterima oleh masyarakat bukan ISLAM. Melihat kepada forum forum dalam Gerak Net khususnya tindakan penyokong penyokong PAS menjarakkan masyarakat bangsa asing untuk sama sama menyokong PAS. Tindakan tidak sensitif mereka menyebabkan masyarakat lain takut dan menolak PAS. Siapakah akhirnya akan dipangkah mereka? Beberapa kenyataan penyokong PAS dalam forum forum tempatan jelas menunjukkan bahawa sensitif mereka kepada masyarakat China dan India adalah terlalu rendah. Masyarakat Cina dan India ini adalah juga pengundi di Malaysia ini. Sebagai mereka yang menolak kepimpinan Mahathir tetapi bukan menolak UMNO secara kolektif perkara ini akan menimbulkan reaksi yang berbeza beza.

 

KOMENTAR

Apa yang perlu kita laksanakan adalah untuk menjatuhkan kepimpinan sekarang ini. Menjatuhkan kepimpinan sekarang ini tidak mudah. Menghadkan skop pemilihan akan menjadi sumber kepada kejayaan parti pemerintah sekarang ini. Kita tidak harus menghadkan alternatif pemilihan tetapi kita mesti ada kompromi antara semua parti alternatif dan meletakkan matlamat menghapuskan kezaliman dan ketidakadilan yang didokong oleh pemerintah sekarang ini. Kita harus merangka teknik yang berkesan dalam menghadapi pilihanraya . Parti Alternatif sekarang ini banyak menghalakan perjuangan tersebut sebagai All Malays Affair. Ini jelas dan sekatan perkauman ini harus dihapuskan kerana isu ini adalah senjata kuat lawan kita.